Salam sayang bloggerian...




Ok kali ni nora nak share sedikit tips kepada mummy, ibu, ummi, mama yang berada di luar sana.
Actually dulu nora banyak join group tentang pemakanan baby. Sebab teruja untuk menghasilkan or buat makanan sendiri untuk anak. Alhamdulillah berjaya nora lalui. Masa zarra umur dah mula makan dulu nora follow apa yang nora baca selama ni. Homemade makanan untuk zarra seperti puree, snack dan lain-lain.

Tapi lama nora tinggalkan blog ni. 2012 & 2013 hanya 24 story je nora ada. Sob sob sob sedihkan. Ok Ok Abaikan. Kembali pada topik kita ye. Untuk pengetahuan korang sekarang ni zarra berumur 2 tahun 7 bulan. Tapi kalau ikutkan tahun zarra dah masuk 3 tahun. Haaa sekejap je masa berlalu. Ummi rindu nak belai zarra masa bby suapkan zarra makan dan sebagainya. Tapi sekarang zarra dah tak perlu ummi suap or mandikan sebaliknya zarra mencuba sendiri seperti orang dewasa lakukan.




Bila umur zarra makin membesar maka makin banyak kerenah dan ragamnya. Seronok dan sometime hilang sabar juga. Masa umur macam sekarang nora perlu banyak bersabar dan perlu standby untuk hadapi sebarang perlakuan, pertanyaan yang akan di lakukan oleh zarra. Maklumlah sekarang ni mulut dia macam bertis jagung. pot pet pot pet. 

Ayat paling dia suka cakap " zarra pandai ummi tak pandai " & " ummi kecik lagi"
Selain itu zarra juga ingin mencuba bancuh susu sendiri. Bila dia minta nak susu terus dia cakap "zarra buat ummi" So dia akan pilih botol susu yang dia nak, isi air masak dan ummi isi kan air panas. Susu pula dia akan tanya "berapa ummi" maksudnya berapa sudu nak disenduk. So bila cakap 5 dia akan kira. 
Tapi selalunya nora akan pantau sebab sebab sebab kalau tidak dipantau habis bersepah susu berterabur dibuatnya. Lastly zarra akan kata "ok mi dah. ummi buat cam ni cam ni" maksudnya dia dah siap dan suruh kita shake.

Apa yang ummi buat dia nak buat. Senang kata aa yang dilihat didengar akan cuba untuk diaplikasikan sendiri. Haaaaaa dasyat budak zaman sekarangkan





Alhamdulillah sekarang dia pun dah pandai baca doa makan, selalu nak ikut ummi sembahyang. Moga menjadi anak solehah.

Kat sini nora nak share bahan bacaan nora hasil daripada Pa & Ma. Tips ni sangat berguna. Moga boleh menjadi panduan untuk kita para ibu untuk melalui fasa anak berumur 3-4 tahun.

Kanak-kanak yang sedang membesar iaitu pada peringkat usia tiga atau empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik dan kadang kala ia memeningkan kepala ibu dan ayah. Tabiat tersebut perlu dipantau dan dibetulkan. Bahkan pembetulan tersebut bukan hanya boleh sekali, ia mesti kerap diingatkan kepada kanak-kanak ini.

Antara 20 tabiat pelik yang sering dilakukan kanak-kanak usia 3 – 4 tahun adalah seperti berikut:

*Suka menghisap/menggigit hujung kain/pakaian.

  1. Berikan masa untuk belajar.
  2. Jangan menghukum sebaliknya disiplinkan.
  3. Teruskan mengajar dan bersabar.
  4. Penerangan sebab dan akibat.
  5. Berikan pujian kepada anak.

untuk maklumat lanjut korang boleh buka laman web Pa & Ma...

5 Comments

  1. anak kite belum masuk fasa tu lagi, but nice info :)

    ReplyDelete
  2. ouhhh ye ke pink velvet … xpe nnti awk akn lalui jugak..

    ReplyDelete
  3. waa..cepat betul dia belajar..comel sgt Zarra ni :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah mawar berduri..
    Heheh terima kasih ye...

    ReplyDelete
  5. hadirah pun dah masuk fasa ni ummi.. ada beberapa point yg Hadirah mmg dah buat pun.. sgt2 kena bersabar dgn dia.. kdg2 naik hantu jugak dibuatnya.. hadoi.. geram je tgk..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿