Resepi Kari Daging Paling Cepat Dan Sedap Dengan Rempah Kari Mak Siti
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Sempena cuti hujung minggu serta umat Islam telah menjalai Ibadah Puasa selama
24 Ramadhan. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 6 hari untuk kita sambut
Aidilfitri.
Maklumlah, dah hujung Ramadhan ni, mood untuk memasak tu baru on, jadinya tekak
ni teragak nak sangat makan Kari Daging. Raya nanti kita buat lagi. Sebab style orang jawa ada istilah munjung iaitu sedekah lauk pauk pada sedara mara dan jiran terdekat. Mak Nora selalu akan buat kari daging atau ayam untuk sedekah. So, kali ni nora masak Kari Daging Paling Cepat Dan Sedap untuk hidangan di pagi raya.
Macam mana nak buat Kari Daging paling cepat dan sedap? Sudah semestinya nora
menggunakan Rempah Kari Daging Mak Siti.
Tak percaya? Jom kita tengok resepi kari daging cepat dan sedap.
Bahan-bahan Kari Daging :
1. Daging 500gm
2. 1 pek Rempah Kari
Daging Mak Siti (400gm) - Bancuh dengan
sedikit air
3. Bawang Besar - 1
labu
4. Halia - 1
inci
5. Kentang - 2
biji (optional)
6. Santan - 1
biji kelapa
7. Daun Kari – 2 tangkai
8. Bahan Perasa
9. Minyak Masak 2 sudu
10. Sedikit Air
Tempoh masakan :
30minit - 1 jam untuk dapatkan daging
yang empuk.
Cara-Cara Masak Kari Daging :
Panaskan minyak dan masukkan bawang dan halia. Tumis sehingga
kuning dan wangi. Bancuh Rempah Kari Daging Mak Siti dengan sedikit air. Kacau
sebati dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau sehingga garing dan
naik bau.
Masukkan daging dan digaul rata
bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak,
tutup periuk masak sehingga daging empuk.
Masukkan santan dan air secukupnya.
Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang.
Akhir sekali masukkan bahan perasa secukup rasa.
CEPAT
DAN MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI
Tadaaaaa.. betul tak nora kata, nak masak kari daging tak susah
dengan menggunakan Rempah Mak Siti. Haaaaa mudah kan? Tak perlu susah-susah banyak bahan
macam selalu kita nak masak kari daging yang memerlukan banyak bahan. Kalau
korang nak tahu, guna Rempah Mak Siti memudahkan korang masak untuk dimakan
seisi keluarga. Cukup sempurna rasa Kari Daging dengan menggunakan Rempah Kari Daging Mak SIti.
Korang juga boleh cuba Resepi Pau Kari Daging style orang bujang yang sedap dari khaiartzfar. Haaaa jangan ingat orang lelaki bujang tak pandai masak ye. Tak caya korang boleh cuba sendiri okay!
Korang juga boleh cuba Resepi Pau Kari Daging style orang bujang yang sedap dari khaiartzfar. Haaaa jangan ingat orang lelaki bujang tak pandai masak ye. Tak caya korang boleh cuba sendiri okay!
Kalau korang nak tahu, Rempah Ratus Mak Siti adalah
jenama serbuk rempah ratus yang terdiri daripada Rempah Kari Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, Rempah Rendang, Rempah Daging Masak
Kicap, Rempah Ikan Masak Kicap, Rempah Makanan Laut dan Rempah Sup Kepala Ikan.
Mak Siti adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh syarikat melayu
yang berpangkalan di Muar, Johor.
Mana nak dapatkan RempahRatus Mak Siti???
Korang boleh beli di
pasar raya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother, Mydin dan
kedai-kedai runcit yang berhampiran kawasan korang.
PELANCARAN PRODUK BAHARU REMPAH
RATUS MAK SITI
Baru-baru ini, nora
berkesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa sempena Pelancaran Produk
Baharu Mak Siti yang diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti
di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Sepanjang majlis
tersebut berlangsung, nora dapati bahawa produk keluaran Mak Siti mempunyai hampir
70 jenis rempah yang boleh didapati di pasaran.
Semua produk
keluaran Mak Siti tiada MSG dan tidak mengandungi bahwan pengawet, pewarna dan
perisa tambahan serta dijamin HALAL oleh Jakim. Seperti yang nora terangkan
tadi, Rempah Ratus Mak SIti merupakan keluaran produk yang diusahakan oleh bumiputera
yang mempunyai lading sendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai “The
Largest Herbs & Spices Plantation” oleh The Malaysia Book of Records (MBR)
Majlis Pelancaran Produk Baharu Rempah Ratus
Mak Siti terdiri daripada pelbagai jenis rempah ratus dengan packaging yang
lebih trendy dan menarik. Produk
baharu Mak Siti di jual dalam bentuk botol agar mudah di gunakan oleh orang ramai
yang terdiri daripada produk Serbuk Cili,
Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk
Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk
Kunyit.
Korang juga boleh dapatkan produk
keluaran Mak Siti secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti seperti berikut :
Facebook :
Instagram :
Laman Web Rasmi :
Alamat :
Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus &
Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar, Johor
Hubungi di talian :
Hubungi di talian :
Telefon : 06-973 7508 /
509
Whatsapp : 017-330 9330
Pada kesempatan ini, nora menyusun 10 jari mohon kemaafan sekiranya ada khilaf yang wujud antara kita. Sempena menanti Syawal tiba, korang boleh cuba beberapa resepi yang mudah dan sedap dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Pasti Aidilfitri korang penuh warna-warni menikmati Rendang dan Kari bersama keluarga dan sanak saudara.
14 Comments
kari daging memang terbaik lagi2 kalau dicicah dengan roti jala. xde roti jala nganroti biasa pun dah umphhh
ReplyDeleteSedapnya kalau ratah macam tu je
ReplyDeleteCicah roti canai pun sodap ni..
ReplyDeleteDaappnya tengok. time2 posa ni adess mencabar betul tgk gambar makanan
ReplyDeleteFuhhh sedapnya.. lagi pulak masak dgn rempah ratus Mak Siti ni.. best2 :)
ReplyDeleteDengan rempah ratus mak siti.. semuanya senang yer..hehe.
ReplyDeleteakk suka rempah mak siti ni sbb rasa rempah tu kaw...mmg terasa dalam masakan..terbaik
ReplyDeleteWah makan macam tu je dah sedap tau !
ReplyDeleteRingkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !
http://www.syafierayamin.com/2017/06/sup-sayur-ringkas-dan-berkhasiat-dengan.html?m=1
daun karinye kemain lagi... sedapnyeee
ReplyDeletewahh sedapnya dan pekat!
ReplyDeletepernah masak kari daging tapi yang ni memang betul nampak kuah pekatnya. boleh try masak guna rempah kari daging ni next time. hehe
ReplyDeletecicah lempeng mesti power. nih.. hihi
ReplyDeleteLaa.. keluaran nasuha rupanya
ReplyDeletesedapnya kaki daging tu
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿