Resepi Peria Katak Goreng Telur Sedap Dan Berkhasiat
Salam
kerinduan buat teman-teman pembaca ummizarradotcom.
Siapa suka makan
peria katak?
Pastinya tidak
ramai yang sanggup makan peria katak memandangkan peria adalah sayuran yang
dikategorikan pahit. Haaaa orang kata yang pahit itulah sebagai ubat.
RESEPI PERIA KATAK GORENG TELUR
Bahan-Bahan
:
Peria
Katak – 3 Biji
Bawang
Merah + Putih – Tumbuk
Ikan
Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
Cili
Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili
padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
Perasa
Telur
– 1 biji
Cara-Cara
:
Potong
peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa
pahit.
Tumis
bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan
cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak
dan pecahkan telur.
Kacau
sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap
di makan dengan nasi panas-panas.
PERIA KATAK
Nama saintifik bagi peria katak ialah Momordica Charantia yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan dianggap sebagai sayuran yang paling pahit di kalangan semua buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sumber : Google |
Untuk pengetahuan semua, Peria sangat rendah kalori tetapi padat dengan nutrien yang sangat berharga. Ia adalah sumber terbaik vitamin B1, B2, dan B3, C, magnesium, folat, zink, fosforus, mangan, dan mempunyai serat makanan yang tinggi. Ia kaya dengan zat besi, mengandungi dua kali ganda beta-karotena brokoli, dua kali ganda kalsium bayam, dan dua kali ganda kalium pisang.
Peria juga mengandungi bahan kimia yang bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Oleh itu ia amat baik untuk kesihatan bagi menghindar penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.
Khasiat peria katak ni banyak antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, dan banyak lagi.
Khasiat peria katak ni banyak antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, dan banyak lagi.
Siapa
yang gemar makan peria katak kita geng. Untuk pengetahuan semua, peria katak
juga boleh dibuat jus. Campurkan peria katak bersama epal blend di jadikan jus.
Jus peria katak + epal hijau sangat membantu menurunkan kadar gula dan baik
untuk kesihatan.
10 Comments
ummi.. betul ke tak pahit ni lepas rendam tu? hahaha.. nampak sedap tapi takut nak try.. sebab masih terasa-rasa pahit dia..
ReplyDeletekambas dengan peria katak sama keee?
ReplyDeleteSuka peria katak..selalu buat pas tu siap jual lagi...hahaha....
ReplyDeleteTak mkn peria..tp ni nmpak sedap ni. Boleh cuba nt.
ReplyDeleteNampak sedap nie Nora.. nak cuba lah masak nanti..
ReplyDeletekene baca dua kali jgk tajuknya.. igt katak goreng hihi..nama peria rupenya
ReplyDeleteKalau kat ofis emi, dorang oreng mcm celup tepung tu tapi kasi garing. Menu fav emi lah tu.
ReplyDeleteT.ksh utk resepi ni..simple je..senang nk masak...
ReplyDeletePeria ni aida jarang masak kat umah. Anak2 tak makan. Kalau balik umah mak, mak selalu masak. Sedap kan peria ni.
ReplyDeletewoo ini sedap
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿