Resepi Soto Air Tangan Bonda
Salam hujung minggu uols...
Hari ni Nora nak share resepi soto air tangan bonda iaitu mak Nora. Actually, Nora ni orang Johor anak jawa lagi so bab Soto ni pastinya memang makanan kami. Beza Soto dengan Sup Ayam biasa adalah dari segi rempah yang digunakan.
Resepi Soto Air Tangan Bonda
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang (bawang merah+putih)
Sup Bunjut
Rempah Sup (my mom choosing Adabi brand)
Jintan halus (Sangai sampai kering kemudian blend)
Halia
Air
Bahan perasa
Cara-cara:
Panaskan minyak kemudian tumis bawang sampai wangi kemudian masukkan sup bunjut. Selepas itu masukkan sedikit air dan masukkan halia dan rempah sup. Kacau sebati dan masukkan ayam kemudian tambah air secukupnya. Reneh ayam sampai lembut masukkan bahan perasa dan taburkan jintan halus yang telah disangai dan di blend. Kalau my mom dia akan tapis supaya kuah sup tu tidak bekeladak. Dah lembut ayam dan cukup semua perasa boleh hidang untuk di makan bersama keluarga.
Kebiasaannya soto sedap di makan dengan nasi impit, ayam racik, bergedil, suhun goreng, kacang goreng, daun sup, bawang goreng dan kuah kicap.
Tak sah kalau makan soto tanpa bergedil yang sedap. Dapatkan resepi bergedel sedap untuk makan bersama soto ataupun sebagai kudapan.
Jom tonton video Resepi Soto Air Tangan Bonda :
Jom tonton video Resepi Soto Air Tangan Bonda :
9 Comments
Makanan yang berkuah ni memang peberet saya ni. Hirup sampai licin. Berkilat mangkuk. Tak payah basuh dah. Kahkah
ReplyDeleteMakanan yang berkuah ni memang peberet saya ni. Hirup sampai licin. Berkilat mangkuk. Tak payah basuh dah. Kahkah
ReplyDeleteSedapnya soto. Fav ana juga soto ni. Wajib mkn dgn bergedel.
ReplyDeleteperghhh sedapnya..feveret ni soto..tambah sambal kicap banyak2 fuhhh meletop..
ReplyDeleteSedapnya, Kak Sue peminat soto juga nie..
ReplyDeleteSedapnyaa soto, ada bergedil lagi :)
ReplyDeleteSerius nampak lazatnye tu
ReplyDeleteFav SA gak ni.....sedapnyaaa
ReplyDeleteSedapppnya soto
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿