Salam kesayangan...

Kali ni Nora nak share resepi kegemaran suami Nora. Nora kalau ada makanan ni pun memang menghadap siap meratah lagi. Tapi resepi ni macam-macam versi mengikut citarasa individu. Ada yang suka rangup ada tu suka basah-basah sikit. Apa yang penting rasa tu ada dan semestinya pedas.


Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kentang
RESEPI SAMBAL GORENG IKAN BILIS DAN KENTANG

Bahan-Bahan

Ikan bilis dah siap kopek. (goreng dulu)
Kentang di potong mengikut citarasa. (goreng dulu)
Air Asam Jawa @ Asam Keping
1 Biji Bawang Besar dihiris
2 Biji Lada Besar Dihiris
Garam & Perasa

Bahan Kisar

3-4 Biji Lada Besar
10-15 Biji Cili padi 
1 Biji Bawang besar 
4 Ulas Bawang Putih

Cara-Cara

Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan air asam @ asam keping bersama bahan perasa.
Kemudian masukkan Ikan Bilis & Kentang yang telah digoreng dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.

Siap !!! untuk dihidang sebagai penambat selera.


Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kentang

Ni menu kami makan. Yummy.. Siapa cuba pasti nak buat lagi. Hehehhe




Boleh juga cuba resepi lain sebagai penambat hati suami ~

11 Comments

  1. My fav tooo..lauk lain tak payah pun dah ok hehe

    ReplyDelete
  2. Hadoi.. sedapnya, terus rasa lapar nie Nora..

    ReplyDelete
  3. Alaaaa..saje sa kan..ni lauk jahat ni..lauk yg boleh buat diet ke laut...

    ReplyDelete
  4. aduh sedap ni kalau makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa! Siap ada ketam masak lemak :)

    ReplyDelete
  6. sedap !! semua yang ada kentang sedap =D

    ReplyDelete
  7. Uishhh..sedap ni ..gabungan semua meletop kebabom. Boleh lupa terus nasi dah tambah berapa kali. HAHAH~

    ReplyDelete
  8. Makan dengan nasi oanas sedap ni Nora. Kalau Mimi suka oedas Mimi guna cili padi. Buh banyak banyak.. Perghhh

    ReplyDelete
  9. Sedap ni kak mkn dengan nasik panas.bole lajak ni mkn nasik, hihi.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya..nak cuba buatla menu lunch nanti..tq share resepi 😍

    ReplyDelete
  11. Sedap sambal ni nora. Kalau ana akan goreng kering2 senang masuk tupperware utk tahan lama. Bila nak makan buka je. Hehe.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿