Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan
Salam kesayangan...
Dahlama rasanya tak update tentang resepi. Walhal idea banyak nak menulis nak share dengan semua. Tapi.... macam susah nak mulakan...
Ok kali ni nak share resepi cendawan. Almaklumkan musim hujan kan sekarang ni, sudah semestinya banyak cendawan tumbuh di merata tempat. Siapa suka makan cendawan kukur atau ada yang panggil kulat sisir? Haaaa biasanya cendawan ni banyak di kayu-kayu bila musim hujan. Resepi kali ni adalah Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan.
Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan
Bahan :
Cendawan kukur @ kulat sisir
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Santan
Perasa
Cara-Cara :
Rendam cendawan dan basuh bersih. Kemudian diramas atau diketuk-ketuk sedikit. Panaskan minyak tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis). Tumis sehingga naik bau. Masukkan baki ikan bilis dan masukkan cendawan kukur kacaun sebati sehingga kering. Masukkan sedikit santan dan perasa. Kacau sebati dan boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga.
9 Comments
penah tengok yang tumbuh2 kat kayu tu.. tapi xtau rupanya boleh dimakan..
ReplyDeleteboleh makan dear. sedap tau.
Deletesdapnya..blh cuba ni..:)
ReplyDeleteCubalah nanti cuba kak normi. memang sedap tau mkn kular sisir ni.
DeleteSedapnya cendawan kukur .Nak try lah nanti .Mesti best
ReplyDeletenampak lazat boleh try la nanti
ReplyDeleteYa Allah.. sedapnya... lama tak makan...
ReplyDeletesedapnya!
ReplyDeletecendawan kukur ni susah gak nak jumpe.
kena pergi pasar tani, barulah ketemu..
harganya pun boleh tahan dah skrg
wah. ohsem ni.
ReplyDeletesusah nak jumpa ni, sis. tak pernah masak kat rumah.
sekali je pernah makan. kat kedai la.
saya memang suka sgt sayur rare and kekampungan gini.
tq for sharing the recipe :)
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿