Asam Pedas Kepala Ikan Merah
Siapa sini suka makan kepala ikan? Mesti ramai suka makan kepala ikan merah kr jenahak ke kan kan. Kepala ikan merah ni sedap masak gulai kan tak kira gulai apa pun. Niat hati nak masak gulai kari, tapi tulah en.suami request asam pedas.
Asam Pedas Kepala Ikan Merah istimewa untuk suami sebab dia suka sangat asam pedas. Jom tengok resepi asam pedaa cara Nora.
Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Merah
Bahan-bahan :
Kepala Ikan Merah
Cili blend
Bawang merah blend
Bawang putih blend
Sedikit halia blend
Sedikit kunyit hidup blend
Daun kesum
Bunga kantan
Air asam jawa
Bendi
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend sampai naik bau dan kemudian masukkan cili. Tumis sampai naik minyak. Masukkan sedikit air dan biarkan sedikit kering dan masukkan air asam jawa. Masukkan kepala ikan merah, daun kesum dan bunga kantan. Kemudian tambah air tutup paras ikan. Slow kan api dan tutup bagi menggelegak. Kemudian masukkan perasa dan bendi. Kacau sebati. Bila dah masak boleh dihidangkan bersama ikan pekasam atau ikan masin.
Cuba resepi : Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kentang
Masa ni en.suami makan bertambah-tambah. Licin malam tu jugak. Hehehhe sebagai isteri seronok rasa bila tengok suami berselera makan.
6 Comments
Bestnya..biasa akak masak kari atau buat sup aje..nanti bleh la cuba
ReplyDeleteSedapnya assam pedas.. memang puashati kalau tengok suami dengan anak-anak makan berselera kan Nora.. hilang letih kita..
ReplyDeleteFav sangat Lauk Asam Pedas nih! terliur tengok hu hu hu
ReplyDeletemakanan kegemaran ni...terasa lapar la pulalepas baca artikel ni..terbaikk
ReplyDeleteKepala ikan memang sedap. Ruby suka yang ikan tenggiri. Hehe :)
ReplyDeleteIsteri mesti senyum lebar bila suami makan bertambah2 kan ;)
ikan merah ni is ohsem.
ReplyDeletesedap!
aida biasa juga masak, tapi badannya.
sebab asben x makan kepala ikan :)
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿