Assalamualaikum readers...

Ummizarra kini kembali bersiaran. Rindu sangat tau. Sepanjang mengandung sehingga habis pantang punya lama tak update.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hari ni, nora nak share pengalaman nora menggunakan produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dari Korea. Yelah kan sebelum ni mengandung tak terjaga kulit muka sendiri. Naik jeragat, kering dan sometime mengelupas.

Bagi mengembalikan kulit seperti sebelum ini dan agar menjadi lebih baik, nora nak share dekat korang pelembap yang kaya dengan air.



Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Jenama Hansaegee Nature merupkan produk kecantikan dari Korea. Nora telah menggunakan salah satu produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature ini ialah Aqua Whitening Cream.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap yang kaya dengan air. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Krim pelembap yang kaya dengan air ini tidak melekit selepas apply di muka. Lakukan beberapa urutan secara putaran dan akan kelihatan titisan air terbentuk pada kulit dalam beberapa saat dan akan diserap ke dalam kulit sepenuhnya.


"Aqua Whitening Cream".
It is a Moisturizer. It repair Sunburn & Redness Damage Skin well
and Super Deep Moisture Skin with Water Drop"

Kesan daripada sapuan Aqua Whitening Cream akan membuatkan kulit berasa segar dan tidak melekit. Sesuai digunakan ketika cuaca panas dan membantu merawat semua jenis kulit seperti kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitif dan berjerawat, kulit berminyak, tona kulit tidak sekata serta membantu menghilangkan garisan kedutan di wajah.





Fungsi Aqua Whitening Cream

Fungsi utama Aqua Whitening Cream adalah :



  • Kesan penghidratan yang unik
  • Menyegarkan semula kulit
  • "Water drop" memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit
  • Mempunyai agen pemutihan pada kulit
  • Merawat kesan sunburn atau kulit kemerah-merahan.
Kesan Utama Bahan


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dirumuskan dengan ekstrak herba yang kaya dengan air mampu menembusi lapisan kulit dan membaiki kulit. Ia mengandungi kandungan seperti berikut :

Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica,
Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia,
Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora,
Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis
dan sebagainya.


Tekstur


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur yang lembut dan smooth jerk serta mudah sangat ia meresap ke dalam kulit. Krim pelembap ini berwarna putih dan ia ringan sehingga boleh membentuk water drop. Selepas sapuan, ia mudah meresap ke dalam kulit sebab water drop based dan tidak melekit.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Bagi Nora ia sangat berbeza dengan moisturizer lain yang pernah Nora guna sebab terasa melekit. Tetapi Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature nyata berbeza dengan pelembap yang lain kerana krim ini sangat ringan dan kelihatan jernih ala-ala milky. Apply pada kulit dan rub slowly sehingga ia akan kelihatan titisan air pada permukaan kulit seperti gambar di atas. Lepastu korang dap dap je sampai betul-betul meresap terus ke dalam kulit.

Packaging

50ml

Price

RM148.30

Cara Penggunaan

Selepas cuci muka, keringkan kulit dan apply Aqua Whitening Cream. Sapu rata keseluruh muka dan leher dengan cara urutan putaran dan buat dap dap sampai meresap dalam kulit. Lihat gambar dan video di bawah nanti ye.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


My Thoughts

So far Nora suka sangat dengan moisturizer ni sebab tak melekit lepas apply dekat muka. Paling best ada fungsi whitening dan bila apply ada rasa macam cooling sikit rasa smooth dan soothing je.


Sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan mudah kena sunburn. Lagi sekarang musim cuaca panas, membantulah sikit kulit muka ni kan. Boleh pakai untuk rutin pagi dan malam. Apply sebelum makeup pun ok boleh jadi macam primer gittew.

Repurchase

Ofcoz YES



Sekarang ni macam-macam jenis skincare ada di pasaran tak kira datangnya dari western, korean, taiwan, japan dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Apa yang menjadi keutamaan sebagai pengguna perlu pastikan keadaan kulit masing-masing dan korang akan tahu apa yang diperlukan oleh kulit korang.

Nora recommended korean product dari Hansaegee Nature dan korang boleh lihat banyak lagi produk yang dikeluarkan jenama ini.


Hansaegee Nature


 Website: www.hansaegee.com/shop
 IG page: @hansaegeenature
 FB page: HansaegeeNature
 Youtube page: HansaegeeNatureMalaysia

5 Comments

  1. Waalaikumussalam Nora. Tahniah menimang baby baru ya.

    Bila krim yang kita pakai tu. Tak melekit. Baru rasa selesa.

    Hansaegee krim jenis water drop based ✔

    Rasa sejuk lepas pakai.

    Done follow Nora #1373

    ReplyDelete
  2. Pernah try produk hansaegee cleanser memang best.. nak try juga Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

    ReplyDelete
  3. Macam best ja nie Nora.. kulit pun nampak cantik sangat..

    ReplyDelete
  4. Ala nora pun dah pakai. Bestnya. Ana suka bab dia keluarkan titisan air tu. Nampak best sgt.

    ReplyDelete
  5. Nampak best ni nora... Moisture sgt

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿