Resepi Ikan Baung Sungai Masak Lemak Cili Padi
Salam berhujung minggu korang !!!
Rutin hujung minggu mestilah masak sedap-sedap atau special untuk family kan. Ye lah beza dari hari biasa.
Hari ni Nora nak masak ikan sungai. Korang suka makan ikan sungai tak? Ikan baung sungai fresh dan yummy. Nora beli dari cikgu di sekolah. Fresh mancing dari Sungai Teriang.
Ikan baung Nora jarang masak, selalu makan je. Tapi bila dah bersuami yang memang suka ikan sungai atau ikan besar-besar so kenalah rajinkan diri.
Selalunya, suami akan request asam pedas. Tapi, Nora minta masak lain dari menu biasa. Bagi pilihan gulai tempoyak atau lemak cili padi. Makanya ni nak share lemak cili padi ikan baung versi Nora.
Resepi Ikan Baung Lemak Cili Padi
Bahan-bahan :
1 ekor ikan baung (anggaran 1kg)
1 ulas bawang merah
1 inc kunyit hidup
10-15 batang cili padi (ikut citarasa kepedasan korang)
2-3 batang serai
2-3 asam keping
1 helai daun kunyit
Santan (Nora guna 1 1/2 santan kotak)
Boleh cuba resepi : Resepi Peria Katak Tumis
Cara-cara:
1. Satukan bawang, kunyit hidup, cili padi dikisar @ tumbuk sampai lumat.
2. Titikkan serai
3. Masukkan ikan bersama bahan yang ditumbuk berserta serai ke dalam kuali @ periuk.
4. Masukkan santan cair dan masukkan asam keping.
5. Siram2 ikan dengan kuah kemudian tambah santan pekat. Masukkan perasa dan masak sehingga ikan empuk dan lembut. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Option nak racik halus atau ikan sahaja.
Siap masak boleh dihidangkan untuk lunch bersama keluarga. Nora dan suami suka makan pedas-pedas.
Ikan baung ni lagi sedap kalau ada belimbing buluh. Sedap masam-masam.
30 Comments
wah..sedap ni..:)
ReplyDeletePilih kepala dia.
ReplyDeletePandai Nora masak ikan air tawar, kak ana minat ni ikan baung sungai masak lomak :)
ReplyDeleteSedap nya masak lomak ;)
ReplyDeletekalau ada belimbing besi, memang menambah2 nasi dalam pinggan.
ReplyDeletekalau ada belimbing besi, menambah2 nasi dalam pinggan nanti. sedapnyaaa.
ReplyDeletesedapnya lauk nih makan dengan nasi panas-panas hu hu hu terliur dibuatnya
ReplyDeleteSedapnya Nora.. Kak Sue memang suka ikan air tawar. Nak pulak masak lemak macam nie memang bertambah makan..
ReplyDeletehai. 1st time terjah sini bila search about ikan baung ni.
ReplyDeletesalam perkenalan. done folo ur ohsem blog ni :)
aduhai. sedap nyer!
masak lemak and belimbing buluh is sesuai.
aida dah tanam dah sepokok. moga in few years dpt la memetik belimbing buluh sendiri.
tanam luar rumah.
agar jiran tetangga dpt merasa juga.
Ooo.. Family bella jenis tak makan ikan sungai so mama tak pernah masak anything ikan sungai. Bella mmg tktau masak guna ikan sungai gak tapi kalau makan kat luar n tktau tu ikan apa, pakat bedal je semua. Hahaha.. Yang penting sedap
ReplyDeleteIkan baung ni sama ke macam ikan duri? Tengok rupa macam lebih kurang. Haha memandai aje Nur ni kan.
ReplyDeletesedapnya nampak. tapi ikan ni Iza sensitif sikit especially kalau jenis yang berbau. terus tak lalu makan. tapi resepi ni simple je. maybe boleh try la nanti. thank you share
ReplyDeleteFirst time dengar ikan baung. Orang bandar la sangat kite ni 😅. Masak lomak ni feveret cuma selalu wife masak ayam je. Sodappp jang oi
ReplyDeletethanks for sharing the lovely recipe.. looks so yummy.. need to try to cook it out.. delicious~
ReplyDeleteBelum pernah makan lagi ikan baung ni Ummi.
ReplyDeleteTapi bila cakap je masak lomak, guna apa² bahan mentah pun sedap 😋
Alhamduillah. Terima kasih sudi berkongsi share resipi. Insha Allah , boleh Naim "rekemen" ini dekat mak Naim. hee
ReplyDeleteMudahnya nak buat resipi masak lemak ni hehehe tapi kita tak makan ikan ni kita ganti dengan ikan lain boleh tak ikan merah ker wakakakakak nak cuba lah sedap mesti pedas terangkat...
ReplyDeleteikan baung ni spesis ikan sungai kan? BBL jarang makan ikan sungai mungkin sebab stay tepi laut kan. kalu kena gaya masak memang sedap masakan ikan sungai ni. mudah je nampak Ummi masak ikan baung masak lemak cili padi tu
ReplyDeleteNampak sedap! Saya mmg suka masak lemak, tak kisah apa yg di masak sama ada ikan atau yg lain2. Tapi yg pasti bukan saya yg masak sbb saya ni sangatlah tak reti masak haha. Terima kasih utk resepi ya.
ReplyDeleteSilap2 husband lalu pun tak perasan..1 off my favourite food..baung masak lmak cili api best!! Nk ajk husband p cari ikan baung la..
ReplyDeleteini mek tahu makan. tapi buatnya belum pernah. tapi sebenarnya sedap kan. ahahaha. slalunya lupa dengan menu ni.
ReplyDeletesedapnya.. sengaja kan bg sis geram! hahahaha.. sedapp giler ni.. nampk gaya nk kena pindah jari jiran dh.. mudah sikit nk antar pinggan =D
ReplyDeleteKegemaran bonda ni....smlm baru masak patin lemak cili api....hari ni nampak plak resepi baung lemak cili api....lama dh xdpt makan ikan baung ni...bukan senang nk dpt ikan ni....mesti sedap...
ReplyDeletewahh nampak sedapnya...tak pernah lagi makan ikan baung...cam tak reti makan ikan ni heheheheh...selalu masak lemak kita guna keli jer hehehe
ReplyDeleteAdoiii.. Tengok pun tau sedap. Tapi rasa mcm tak pernah makan lagi ikan baung.. Nampak macam patin.. Ke tak sama?
ReplyDeleteEmm. Sedapnya my favorite ni.. kak pun rajin msk ikan ni
ReplyDeleteSedaapppnya, yg ni konfirm mkn dgn nasi putih pun dah memadai ni! Pandai ummi masak!
ReplyDeleteyozgat
ReplyDeleteadana
adıyaman
afyon
aksaray
TQQÄ°V
Yalova
ReplyDeleteHatay
MuÅŸ
Bursa
Mersin
YX8
EskiÅŸehir
ReplyDeleteAdana
Sivas
Kayseri
Samsun
BV3WUJ
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿