Salam Ramadan.

Sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ke Empat. Alhamdulillah dah masuk Ramadan ke 9 kita lalui dengan penuh kesyukuran.

Hari ni mood rajin sikit bagi menunaikan permintaan suami nak makan Nasi Ayam Penyet. Dalam kata tak larat, sakit itu sakit ini gigihkan juga masak untuk insan tersayang. Sebenarnya dah banyak kali juga Nora buat Nasi Ayam Penyet, cuma kali ini baru nak share resepi air tangan Nora.



Nasi Ayam Penyet

Nora share resepi yang diolah sedikit dari carian google. Ikut tekak suami. Nampak dia makan berselera kena dengan sambal ayam penyet, ayam yang rangup di luar kena pula dengan tempe dan tahu goreng garing. Memang makan kruk krak kruk krak.

Ayam Penyet


Ayam bahagian peha (3 ketul je)
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
3-4 sudu beras

Cara-cara :

1. Sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Ketepikan. Kemudian sangai pula beras. Dah sangai semua campurkan dan blend kering. Nora selalunya dah siap² buat lebih jadikan stock masuk dalam bekas kedap udara. Kalau nak buat stock just tambahkan je bahan tu.

2. Ayam dah cuci bersih kena rebus dulu untuk dapatkan isi lembut di dalam rangup di luar. Masak air dalam periuk. Masukkan akar daun sup, akar ketumbar, sup bunjut dan 1-2 inci halia di ketuk. Reneh seketika ayam dan angkat ayam asingkan. Air rebusan boleh di gunakan untuk masak nasi dan buat sup.


3. Perap ayam yang telah direbus tadi dengan bahan di no.1 dan tambah perasa. Boleh juga guna bahan di blend untuk tahu dan tempe.

4. Nora goreng ayam time dah nak makan. Maknanya selesaikan semua bahan-bahan lain termasuk sambal, sup dan nasi.

Goreng ayam yang diperap dalam minyak yang banyak. Dah masak angkat dan toskan. Sebelum hidang, penyetkan sedikit ayam tersebut. Rangup di luar lembut di dalam.

Sup Nasi Ayam Penyet

Ambil sedikit air rebusan untuk masak nasi dan tanak seperti biasa. Untuk sup, cuma tambahkan kiub pati ayam dan perasakan.

Sambal Ayam Penyet


Bahan-bahan :

Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
2 ketul gula anau/merah
2 biji tomato (besar, kalau kecil boleh tambah lg)
2 biji bawang merah (besar)
Sedikit belacan

Cara-cara :

1.  Bakar belacan sedikit bagi harum. Goreng ikan bilis sampai garing, masukkan bawang dan gula merah kacau sampai bawang layu.

2. Kemudian masukkan tomato dan cili padi. Goreng dan kemudian bahan tersebut perlu di blend dalam 85-90%.


Kalau boleh blend sedikit demi sedikit tanpa air. Kalau nak guna air juga boleh guna air rebusan. Dah blend perlu masukkan semula ke dalam minyak goreng tadi dan tambah sedikit lagi minyak. Masak sambal sampai garing dan perasakan dengan bahan perasa, gula dan sedikit air perahan limau. Siap untuk sambal ayam penyet.

Dah siap semua bahan. Susunlah dalam pinggan nasi, ayam penyet, tempe, tahu, salad dan sambal penyet serta sup. Hidanglah untuk keluarga tercinta.



Nampak macam renyahkan? Tapi sebenarnya yang lama adalah sambal. Yang lain² kita boleh masak sesambil tunggu sambal siap.



8 Comments

  1. Bagusnya nora dalam keadaan tak sihat sangat phn larat buat nasi ayam penyet ni. Nanti Mimi nak try buat ikut resipi nora lah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh my feveret ni ayam penyet ..sedapnya. nanti nak try la

    ReplyDelete
  3. owh, baru tau kena ada beras sangai tu jugak, tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Boleh tahan jugak nak buat ayam penyet ni ek. SS suka makan kat kedai. Tapi bila PKP n, faham2 aje lah. smua benda kena buat sendiri. Done follow #1397

    ReplyDelete
  5. teringat ayam penyet dkt alam mesra kota kinabalu, mmg delicious la, lps ni bole buat sndiri dah ada resepi ni, tq sharing hihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya, nampak simple jugak ya..

    ReplyDelete
  7. terus rasa rindu nak makan nasi ayam penyet
    hahaha

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿