Ayam Bakar Ala-Ala Kenny Roggers
Assalamualaikum...
Siapa suka makan di Kenny Roggers Roasters? Yelah salah satu restoran yang dikatakan ada menyajikan menu berkhasiat. Nora suka makan di sini tapi dah lama tak makan sejak berpindah ke Negeri Sembilan.
Sebab tu kali ni Nora nak share dengan korang Resepi Ayam Bakar Ala-Ala Kenny Roggers. Sebab apa ala-ala? Haaa sebabnya ikut citarasa tekak dalam rumah ni yang suka kan spicy dan ayam tu di bakar garing.
Sebenarnya senang sangat nak buat ayam bakar ni tau. Cuma sediakan bahan-bahan untuk perapan dan bakar ayam itu sahaja. Sebenarnya ikut selera masing-masing nak olah resepi tu macam mana dan sebab itu Nora kata kali ni buat resepi ayam bakar ala-ala kenny rogers memandangkan jauh benar rasa nak ke luar pergi ke restoran Kenny Rogers Roasters.
Baca juga : Resepi Nasi Ayam Penyet dan Sambal Ayam Penyet
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers |
Bahan-bahan Ayam Panggang ala Kenny
Rogers:
- 2 keping paha ayam (yang besar)
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 4 sudu besar sos lada hitam **
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam **
- 2 sudu sos tiram **
- 1 sudu besar madu **
- 1 sudu gula perang (boleh guna gula biasa) **
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit herbs atau rosemary
- Sedikit butter dan minyak
Cuba juga : Resepi Soto Ayam Sedap
Cara-cara :
- Blend semua bawang merah,
bawang putih dan halia.
- Dalam blend yang sama masukkan
bahan lain yang bertanda ** dan blend seketika (sekejap je tau)
- Gaulkan ayam bersama bahan yang
di blend tadi dan bahan perasa lain termasuk sedikit minyak
- Perap sekurang-kurangnya setengah
jam atau satu jam (lagi lama lagi sedap tau)
- Letakkan butter di atas ayam dan
celahan ayam sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 200°C selama
sejam atau sehingga masak atau mengikut oven masing-masing
Nota:
- Boleh tambah sayuran seperti brokoli, carrot dan kentang gaulkan sedikit dengan bahan perapan tadi. Boleh bakar sekali dengan ayam tetapi brokoli kalau boleh masukkan time ayam dah nak masak.
- Selain tu, kalau korang tak suka garing atau kering boleh tambahkan butter untuk kekal juicy
4 Comments
Sedapnya...suka buat ayam bakar macam ni...sihat kan...
ReplyDeleteFuhhh sedap sungguh nampaknya tu. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteaduyai sedapnya
ReplyDeleteMenu ni kegemaran En Suami dan Cik Fatin bolehla try nnt
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿