Tempoh berbulan madu bagi Amira dan Bogatt hanya tiga minggu. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan . Bogatt mahu meninggalkan Amira dalam keadaan "suci" agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain. Amira merayu agar Bogatt meninggalkan "sesuatu" kepadanya. Bogatt tetap dengan pendiriannya. Di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya. Dia mahu berjumpa semula dengan Bogatt di akhirat nanti. Dia mahu bahagia bersama Bogatt di alam berikutnya. Mampu kah Amira berpegang kepada sumpah setia itu? Atau dia bertemu lelaki lain lalu menyambung impian bulan madu yang tidak kesampaian? Siapa Razlan, lelaki mirip Bogatt yang sering muncul dalam hidup Amira? Siapa RQ, lelaki misteri yang sering mengirimkan puisi kepadanya lewat e-mail. Siapa pula Dr Bada? Semua persoalan ini akan terjawab dengan membaca dan menonton Tangisan Bulan Madu.
Komen Ku:
Novel nie aku ada 4 koleksi, dari tangisan bulan madu 1,2,3&4
Kisah dalam novel nie mengajar aku erti ketabahan, kesetiaan seorang perempuan yg hanya berasal dari keluarga sederhana..
Kerana Novel ini aku mampu pertahankan cinta aku selama 4 tahun...
Mula aku baca novel ini adalah pada Tahun 2001....
Penantian utk keluaran yang ke 4 amat lama... akhirnya ia berakhir dengan kebahagiaan walaupon ia terlambat...
Saksikan tanyangan pada 9.00pm di TV2 setian isnin dan selasa...
selamat menonton...
**Lagu Tema Dalam Drama Ini**
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Sudirman Haji Arshad
Hakcipta : EMI

0 Comments