1) Kucing jantan suka dibelai.

~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek

ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar

anda jika anda mengasarinya. Jadi

berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar.

Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan

sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu

dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend,

belajarlah masak dari sekarang. Yang

bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari

lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau

tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp

bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,

bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada

yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi

seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat

tidur. Anda mahu suami anda beralih

tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap

& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni

tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya

kita akan melepaskan kucing kita keluar,

kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak

sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya

di dalam sangkar kan. Cuba kita

lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.

Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung

makan ikan lauk nasik

~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada

lelaki tastenya camtu.

Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,

sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling

memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat

pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok

kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam

kucing, kita takleh paksa dia tidur,

takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena

cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia

main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan

lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok

sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana

yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan.

Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka.

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

~Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow

mari sini", (kalau time ia tak lapar),

mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar

kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan

lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita.

Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,

lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la

bermacam cara untuk lembutkan hati

mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu

dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir

78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan

girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan

cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan

lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang

conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend

dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang

memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak

tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak

ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni

nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

0 Comments