Full House akak ade season 2. wahh tak sabar betul r..
nie ade sinopsis dr season 1. so mai lah jengah n ingat smula citer nie...
hehehhehehehehe
jom2!!!!!!!!!!!!!!!

Para pelakon:
  • Song Hae Gyo - Han Ji Eun
  • Jung Ji Hoon - Lee Young Jae
  • Han Eun Jung - Kang Hae Won
  • Kim Sung Soo - Yoo Min Hyuk

  • Watak-Watak Utama:


    Han Ji-Eun

    Ji Eun adalah seorang penulis novel persendirian. Dia tinggal di sebuah rumah yang dipanggil FULLHOUSE. Fullhouse adalah rumah peninggalan ayahnya. Kedua-dua ibubapa Ji Eun telah meninggal dunia. Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus tinggal di FullHouse setelah FullHouse dijual kepada Young Jae oleh sahabatnya sendiri dengan cara menipu. Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae dengan cara kontrak, dalam hati dia menaruh hati terhadap Young Jae. Dia menjadi sedih bila Young Jae selalu melayannya dengan kasar dan bila Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae Won.


    Lee Young Jae

    Young Jae adalah seorang pelakon yang popular di Korea. Hidupnya berubah setelah dia berjumpa dengan Ji Eun. Dia berkahwin dengan Ji Eun demi menutup gosip yang sering melandanya lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang Ji Eun berkeras mahu mengambil semula FullHouse. Tetapi, cinta Young Jae hanya pada Hae Won walaupun dia tahu hakikat Hae Won lebih mencintai Ming Hyuk. Namun lama-kelamaan Young Jae mula menaruh hati terhadap Ji Eun. Oleh kerana egonya tinggi, Young Jae tidak mahu menunjukkan perasaannya, malah terus menerus melayan Ji Eun dengan buruk. Dia juga berasa sakit hati bila mengetahui yang Ming Hyuk juga ingin memiliki Ji Eun.


    Kang Hae Won

    Hae Won adalah rakan sepermainan Young Jae sejak kecil. Dia sangat menaruh hati pada Ming Hyuk tanpa menyedari yang sebenarnya Young Jae sangat mencintainya. Setelah Young Jae berkahwin dengan Ji Eun, barulah dia sedar yang sebenarnya dia lebih memerlukan Young Jae. Dia ingin mendapatkan semula cinta Young Jae, lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang perkahwinan antara Young Jae dan Ji Eun adalah atas dasar kontrak.




    Yoo Ming Hyuk

    Ming Hyuk adalah seorang lelaki yang hidupnya suka berfoya-foya, namun mempunyai kehidupan yang stabil dan adalah pemilik syarikat penerbitan yang besar. Dia tahu dirinya diminati oleh Hae Won, namun menolak cinta Hae Won kerana dia tahu Young Jae lebih mencintai Hae Won. Menyedari dirinya umpama saingan bagi Young Jae, dia cuba merapatkan dirinya dengan Ji Eun. Dia kemudian bertekad ingin memiliki Ji Eun setelah mengetahui tentang perkahwinan kontrak tersebut.


    SINOPSIS:

    EPISOD 1

    Semasa Ji Eun sedang menulis di rumah, dia menerima panggilan dari kawannya (Dong Wook dan Hwee Jin) yang mengatakan dia telah memenangi tiket percuma ke Shanghai. Ji Eun berasa ragu-ragu pada mulanya tetapi akhirnya menerima tawaran tersebut kerana dia sangat mempercayai kawannya itu. Ji Eun yang jujur itu tak sedar yang sebenarnya dia ditipu oleh sahabat sendiri. Dalam kapal terbang, Ji Eun duduk bersebelahan dengan Young Jae, seorang pelakon popular Korea. Semasa dalam penerbangan, Ji Eun tiba-tiba mabuk kapal dan muntah ke atas baju Young Jae. Young Jae berasa sangat marah lalu meninggalkan bajunya dalam kapal terbang. Setiba di Shanghai, tanpa ada duit yang mencukupi, Ji Eun terpaksa berdikari mencari hotel yang sepatutnya telah ditempah untuknya. Setelah tiba di hotel dan mengetahui yang tiada tempahan hotel dibuat, dia telah ditolong oleh seorang pemuda Korea, Ming Hyuk, yang kebetulan berada di situ. Ji Eun berusaha menghubungi Dong Wook di Korea tetapi panggilan tidak diangkat. Ji Eun berasa susah hati memandangkan dia tiada bekalan duit yang mencukupi untuk bayaran hotel dan makan minum. Manakala Young Jae pula berasa susah hati dengan kedatangan Ming Hyuk. Dia ingin menghubungi Hae Won tetapi membatalkan niatnya itu. Ji Eun yang menghadapi jalan buntu pula terpaksa membuat keputusan untuk meminjam duit Young Jae yang kebetulan mendiami hotel yang sama. Ji Eun yang bijak menipu Young Jae dengan mengatakan dia ialah kekasih Ming Hyuk.

    EPISOD 2

    Sekembali dari Shanghai, Ji Eun mendapati yang rumahnya telah dijual oleh Dong Wook dan Hwee Jin kepada Young Jae. Ji Eun merayu pada Young Jae supaya memulangkan rumah itu kepadanya, tetapi telah dihalau oleh Young Jae. Ji Eun menangis bila mendapati gambarnya dengan keluarganya telah pecah. Ji Eun enggan pergi dari situ dan tidur di luar rumah sehingga demam. Young Jae terpaksa menjaganya dan terbaca diari Ji Eun yang mengatakan ayahnya telah meninggal dunia pada 19 haribulan. Apabila Ji Eun telah sembuh, Young Jae memberinya wang untuk mencari tempat tinggal lain. Tetapi melihat yang Ji Eun tiada tempat untuk dituju, Young Jae terpaksa membenarkannya tinggal di rumah tersebut dengan syarat dia harus berkerja di rumah itu untuk membayar duit yang dipinjamnya semasa berada di Shanghai dulu. Mahu tak mahu, Ji Eun terpaksa menurut. Keesokannya, Ji Eun pergi ke hospital apabila mengetahui yang Dong Wook dan Hwee Jin berada di situ. Manakala Young Jae pula berada di restoran untuk melamar Hae Won. Tiba-tiba Hae Won mendapat panggilan daripada Ming Hyuk lalu pergi dari situ. Young Jae berasa sakit hati setelah mengetahui hakikat yang Hae Won menaruh hati kepada Ming Hyuk. Semasa membersihkan rumah, Ji Eun ternampak jemputan untuk Young Jae ke majlis yang dihadiri oleh ramai selebriti. Ji Eun ingin ikut serta kerana dia ingin memperkenalkan hasil tulisannya kepada sesiapa yang berminat. Di majlis tersebut, Hae Won memberitahu Ming Hyuk yang dia sangat mencintainya. Tetapi Ming Hyuk menolak kerana dia tahu Young Jae mencintai Hae Won. Apabila Hae Won bertanya kepada Young Jae samada dia betul-betul mencintainya, Young Jae pula menjawab yang dia mencintai Ji Eun yang ketika itu berada di situ lalu menciumnya, di hadapan wartawan-wartawan yang hadir (part ni sah dipotong 8TV :).

    EPISOD 3

    Lamaran mengejut Young Jae terhadap Ji Eun telah menggemparkan pihak media. Ji Eun sangat terkejut dengan lamaran tersebut lebih-lebih lagi bila Young Jae mengatakan yang Ji Eun boleh tinggal di FullHouse selepas kahwin. Kawannya yang telah menipunya dulu ingin bertemu dengan Ji Eun. Bukan itu saja, malah ibubapa Young Jae ingin bertemu dengan Ji Eun. Ji Eun sangat terkejut dengan perjumpaan dengan ibubapa Young Jae, namun sebenarnya ibubapa Young Jae tidak berapa suka dengan Ji Eun. Ji Eun kemudian bertengkar dengan Young Jae lalu mengemas barang untuk keluar dari FullHouse.

    EPISOD 4

    Perkahwinan kontrak telah berlangsung di antara Ji Eun dan Young Jae. Pihak media dan orang luar fikir yang perkahwinan tersebut adalah atas dasar cinta, tetapi sebenarnya adalah pada kontrak dan perjanjian. Setelah pulang dari bulanmadu, Ji Eun mendapat panggilan daripada syarikat yang mengatakan berminat terhadap novelnya. Ji Eun berasa sakit hati apabila mengetahui yang syarikat tersebut sebenarnya lebih beminat terhadap gossip tentang Young Jae. Ji Eun kembali ke FullHouse dan menemui cincin yang dibuang oleh Young Jae. Ji Eun dan Young Jae kemudian bertengkar, dan Young Jae telah menghalaunya keluar. Hebohlah media massa membuat liputan tentang perceraian Young Jae dan Ji Eun. Manakala Young Jae pula bertemu dengan Hae Won dan Hae Won memberitahunya supaya mengingatinya sebagai orang penting dalan hatinya.

    EPISOD 5

    Emak dan nenek Young Jae melawat FullHouse. Mereka memarahi Ji Eun kerana dia tidak melawati mereka. Ji Eun meminta maaf kerana dia terlupa. Kemudian nenek Young Jae menyuruh Ji Eun tinggal bersama mereka dan ini membuatkan Ji Eun susah hati. Semasa makan malam, Ji Eun memberitahu perkara tersebut kepada Young Jae. Young Jae terpaksa pergi untuk memberitahu neneknya yang mereka tidak boleh tinggal bersama keluarga di sana. Sebelum pergi, Young Jae memberitahu Ji Eun yang neneknya adalah seorang yang baik tetapi tidak ayahnya. Namun hakikatnya, ayah Young Jae adalah seorang yang baik tetapi neneknya adalah seorang yang menakutkan. Selepas pulang dari melawat nenek Young Jae, sekali lagi mereka bertengkar namun segalanya reda setelah Young Jae membelinya aiskrim.

    EPISOD 6

    Semasa melawat Hae Won di hospital, Ji Eun perasan yang Young Jae sangat mengambil berat tentang Hae Won. Ji Eun bertanya Young Jae tentang hubungannya dengan Hae Won. Young Jae cuma menjelaskan yang mereka hanya rakan sepermainan sewaktu kecil. Sewaktu ingin masuk tidur, Ji Eun mendapati Young Jae telah pergi keluar rumah. Bila Young Jae pulang, Ji Eun bertanya ke mana dia telah pergi. Young Jae menjawab yang dia pergi menemani Hae Won di hospital Ji Eun bertanya kenapa dia membeli FullHouse. Young Jae menjawab dia ingin tinggal di situ untuk bersama dengan orang yang dicintainya sehingga dia mati. Ji Eun ingin menggembirakan hati Young Jae tetapi Young Jae memarahinya. Keesokkan paginya Ji Eun mendapati yang Young Jae sedang menyediakan sarapan pagi. Ji Eun menyangkakan sarapan itu untuknya, tetapi rupa-rupanya untuk Hae Won. Ji Eun membawa makanan itu ke hospital untuk Hae Won. Hae Won menerangkan kepada Ji Eun yang antara dia dan Young Jae hanya kawan. Semasa Hae Won keluar hospital, mereka terjumpa emak Young Jae. Ji Eun berasa tersisih apabila melihat emak Young Jae melayan Hae Won dengan baik. Di masa lain, Young Jae menemui Hae Won lagi dan tertinggal cincin perkahwinannya di situ. Ji Eun menjadi marah kerana cincin perkahwinan mereka telah hilang dan ingin keluar dari FullHouse. Ji Eun menemui Ming Hyuk untuk berbincang tentang novelnya manakala Young Jae menunggunya. Young Jae terpaksa pergi ke kedai barang kemas untuk mencari cincin yang serupa.

    EPISOD 7

    Ji Eun dan Young Jae mula menyukai antara satu sama lain dalam diam tetapi mereka menyembunyikan perasaan masing-masing dan sering bertengkar. Manakala Hae Won yang selama ini fikir yang dia mencintai Ming Hyuk kemudiannya menyedari yang dia sebenarnya mencintai Young Jae. Manakala Ji Eun dan Young Jae pula menghabiskan masa bergembira bersama dengan keluarga Young Jae.

    EPISOD 8

    Dong Wook, kawan Ji Eun menjadi pengurus Young Jae. Hae Won pula tidak dapat melupakan Young Jae. Oleh kerana itu pihak media menyangkakan yang mereka masih bercinta. Untuk menghentikan semua itu, Young Jae dan Ji Eun terpaksa buat interview dengan pihak wartawan di rumah mereka. Young Jae dan Ji Eun terpaksa bekerjasama dan bertengar lagi. Namun dalam hati, mereka sebenarnya menaruh perasaan. Manakala Ming Hyuk kelihatan meluangkan banyak masa untuk Ji Eun. Young Jae terpaksa menghalang Ji Eun dari rapat dengan Ming Hyuk kerana dia tahu perangai Ming Hyuk yang sebenar.

    EPISOD 9

    Ming Hyuk memberitahu Ji Eun yang dia menyukainya, walaupun hanya sebagai kawan. Ji Eun memberitahu perkara itu kepada Young Jae. Young Jae berpura-pura tidak kisah tetapi dia sebenarnya susah hati dengan berita itu. Young Jae menemui Ming Hyuk dan memberitahunya supaya jangan bermain-main dengan Ji Eun. Kawan Ji Eun, Hwee Jin melawat FullHouse dan terjumpa Ming Hyuk di situ. Dengan tak sengaja, dia membongkar rahsia tentang perkahwinan kontrak antara Young Jae dan Ji Eun kepada Ming Hyuk.


    EPISOD 10

    Setelah Ming Hyuk mengetahui tentang perkahwinan kontrak tersebut, dia bercadang untuk merampas Ji Eun dari Young Jae. Manakala nenek Young Jae pula sedang berusaha menolong Ji Eun supaya mengandung. Dong Wook dan Hwee Jin pula berasa susah hati setelah memecahkan rahsia tentang perkahwinan kontrak itu. Ming Hyuk menemui Ji Eun dan memberitahunya yang dia tahu tentang perkahwinan kontraknya bersama Young Jae. Ming Hyuk ingin Ji Eun memberinya peluang mencintainya. Hae Won pula menemui Ji Eun di FullHouse setelah mengetahui tentang perkahwinan tersebut dan berterus-terang mengatakan yang dia sebenarnya sangat benci pada Ji Eun. Hae Won membuat pertemuan dengan Young Jae di sebuah bar, dan mereka bercerita tentang masa lalu bersama, kemudian Hae Won menyatakan yang dia mahu bersama dengan Young Jae. Di rumah FullHouse, Ji Eun setia menunggu kepulangan Young Jae. Sekembali Young Jae di rumah, Ji Eun memberitahu Young Jae tentang Ming Hyuk yang menyukai dirinya. Ji Eun mahu meminta pendapat Young Jae tentang tawaran cinta Ming Hyuk terhadapnya.

    EPISOD 11

    Young Jae berada di dalam kekeliruan. Young Jae memberitahu Ji Eun, dia tak perlu meminta pendapatnya kerana antara mereka sebenarnya tiada apa-apa. Ji Eun berasa terluka mendengar penjelasan Young Jae. Ji Eun menemui Ming Hyuk dan meluahkan perasaan bencinya terhadap Young Jae. Ji Eun juga menyedari dia tak perlu lagi melakukan kerja-kerja rumah untuk Young Jae kerana hutangnya sudah selesai. Ji Eun pergi menemui Dong Wook dan Hwee Jin untuk meminta kembali duit yang mereka tipu dulu. Ji Eun ingin meminta cerai dari Young Jae membuatkan Young Jae terkejut. Young Jae kemudian mengugut kalau Ji Eun meminta cerai, dia takkan menyerahkan FullHouse kepadanya. Kemudian Young Jae marah dan menuduh Ming Hyuk yang merancang semua ini. Dia kemudian menengking Ji Eun walaupun Ji Eun menyukai Ming Hyuk sekalipun, dia takkan menceraikannya. Ji Eun berasa terluka dan mengatakan yang dia menyukai Young Jae, cuma Young Jae yang tidak melihatnya. Young Jae terdiam seketika.

    EPISOD 12

    Young Jae dan Ji Eun bercadang untuk bercerai. Malam itu kedua-duanya tidak dapat melelapkan mata. Ji Eun memberitahu perkara ini kepada Ming Hyuk. Manakala berita tentang perceraian mereka mendapat liputan hangat dari pihak media. Pihak syarikat menemui Ji Eun dan Hae Won dan mahu Ji Eun memikirkan kembali tentang isu cerai tersebut dan mahu Hae Won supaya jangan berjumpa Young Jae. Ji Eun yang masih menaruh hati terhadap Young Jae, menemui Young Jae dan mengatakan dia sedia memaafkan Young Jae. Young Jae berasa lega dapat melihat keadaan Ji Eun kembali. Manakala Ming Hyuk pula menemui Young Jae dan memberinya amaran supaya melepaskan Ji Eun.

    EPISOD 13

    Young Jae dan Ji Eun tidak jadi bercerai. Perkara ini membuatkan Ming Hyuk dan Hae Won berasa hampa. Young Jae pula semakin rajin menolong Ji Eun membuat kerja-kerja rumah membersihkan FullHouse. Young Jae juga mengirimkan bunga-bunga kepada Ji Eun. Hae Won yang masih menyukai Young Jae pula tidak henti-henti menangis dan menganggu Young Jae.

    EPISOD 14

    Ji Eun menemui Ming Hyuk. Ji Eun meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mahu semua ini berlaku. Dia sangat menyayangi keluarga Young Jae. Bila Ji Eun balik rumah, Young Jae menunggunya. Young Jae berpura-pura menonton TV setelah nampak Ji Eun datang. Young Jae bertanya samada Ji Eun pergi berjumpa Ming Hyuk. Ji Eun mengaku dan ini membuatkan Young Jae marah. Ji Eun berkata dia bertemu Ming Hyuk adalah kerana Young Jae. Young Jae kemudian reda, dan berjanji akan menjaga Ji Eun. Ji Eun menyoalnya kembali adakah dia tahu berbuat demikian? Young Jae kemudian menyoalnya pula, adakah Ming Hyuk tidak pernah melukainya? Bolehkah Ming Hyuk menjaga Ji Eun sepertinya?

    EPISOD 15

    Nenek Young Jae tidak sihat dan berada di hospital. Ji Eun melawatnya di hospital dan meminta maaf daripadanya. Nenek Young Jae berasa tidak senang lalu Ji Eun pun keluar dari bilik tersebut dan cuba untuk menenangkan perasaannya. Ayah Young Jae memerhatinya dari jauh dan kemudian pergi dari situ. Nenek Young Jae komplen kepada emak Young Jae yang orang yang diharapnya datang melawatnya tidak datang, malah Ji Eun yang tak disukainya pula datang. Ji Eun kemudian masuk ke bilik nenek Young Jae dan dimarahi oleh nenek Young Jae. Nenek Young Jae menuduh Ji Eun adalah penyebab mengapa hubungan Young Jae dan ayahnya tidak baik. Nenek Young Jae mahu Ji Eun membawa Young Jae bertemu ayahnya untuk meminta maaf.

    EPISOD 16

    Young Jae berhasrat untuk meluahkan perasaan cintanya yang dipendam selama ini terhadap Ji Eun. Di hadapan Ji Eun, Young Jae mengaku dia tidak akan melepaskan JI Eun lagi dan mengaku semua kesalahannya adalah di atas keegoannya sendiri. Dia mengaku selama ini dia selalu menyakiti Ji Eun kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan perasaan cinta terhadapnya. Young Jae malah sanggup menyanyi dan menari asalkan Ji Eun mahu menerimanya. Kemudian Young Jae menunjukkannya cincin dan melamar Ji Eun semula. Ji Eun berasa terkejut dengan lamaran tesebut dan meminta diberi tempoh 3 hari untuk memikirkannya. Tetapi Young Jae hanya memberinya sehingga hari esok. Pagi esoknya, Young Jae mendapati Ji Eun masih tidur di hadapan computer. Young Jae kemudian menutup tubuh Ji Eun dengan selimut dan menutup komputernya. Kembali dari berjoging, Ji Eun terus memarahi Young Jae kerana menutup komputernya dan menghilangkan segala dokumen yang ditulisnya. Ji Eun menangis lalu Young Jae memarahinya dan mengatakan yang Ji Eun sebenarnya langsung tak ada bakat menulis. Kemudian Ji Eun menyoalnya kenapa dia mahu mengawininya. Dengan ego, Young Jae menjawab sebab dia kasihankan Ji Eun dan hanya dia saja yang mampu menjaganya. Ji Eun kecewa lalu menolak lamaran Young Jae. Young Jae kemudian meminta maaf daripada Ji Eun dan melamarnya kembali. Ji Eun berkata Young Jae seorang yang bodoh kerana mereka sememangnya sudah berkahwin. Young Jae meluahkan perasaannya sekali dan mengatakan 'sarang hae' (I love u) dan kemudian menciumnya. END.


    **Sumber dari tokeikedai.net.my**

    0 Comments