♥bahagiakah diri ini??♥
Manusia bahagia bila dia berupaya, untuk membuka mata,
untuk mneyedari bahawa dia memiliki banyak perkara yang bererti
manusia akan bahagia bila dia mahu
membuka mata hati, untuk menyedari bertapa dia dicintai
manusia akan bahagia bila dia, berusaha membuka diri
agar orang lain mencintainya dengan setulus hati
manusia tak bahagia kerana tak
mahu membuka hati
berusaha meraih yang tak dapat diraih
memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan
tak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada
manusia buta, kerana ego dan hanya
memikirkan diri sendiri
tak sedar bahawa dia begitu dicintai
tak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik
sering berusaha mencari yang lebih baik dan
tak mahu sedar kerana nafsu serakah!!
ada kawan yang begitu mencintai
namun tidak diendahkan, kerana memilih, menilai, dan
menghakimi sendiri. memilih kawan dan memcari-cari
sedangkan di depan mata ada kawan yang sejati
telah memiliki segala yang terbaik
namun tamak, ingin dirinya yang paling diperhatikan
paling disayangi, dan mahu lebih perhatian.
semua manusia memiliki peranan
hebat dan nombor satu dalam satu-satu hal, tapi belum tentu dalam hal-hal lain
dicintai oleh satu orang, belum tentu oleh orang lain!!
kebahagian datang dari dalam diri sendiri
jika mengharap daripada orang lain
bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati
kita akan bahagia bila mampu, menerima diri apa dayanya
mencintai dan menghargai diri sendiri
mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.
percayalah kepada Tuhan dan bersyukurlah
Kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik
sesuai dengan usaha kita
tak perlu berkeras hati
dia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan
meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari
berusaha dan berbahagialah, kerana kita dicintai
begitu banyak orang…
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿