Tuhanku,

Terlalu banyak kuberbuat dosa

Sehingga rasanya tak terampun

Bagaimana kuhitung?

Kesalahanku di dunia tak

Terperi

Tuhanku,

Namun aku tak tertanggung

Memikul bebanan ini

Menyesakkan nafasku setiap saat

Membuat hidupku celaru

Dan kelabu

Jalanku terasa payah dan berat

Sinar kebahagiaan sukar kutemui

Rasanya bagaikan dihempap batu

Ke bumi

Tuhanku,

Adakah ini angkara dosa

Silamku?

Kifarah di atas

Kesilapanku?

Perjalanan hidupku tak

Seindah mimpi

Hatiku sengsara tak pernah

Bahagia

Terlalu payah ku mencari

Ketenangan

Liku-liku gelap tak nampak

Cahaya…

Tuhanku,

Fikiranku kacau

Mengganggu lenaku

Apa yang ada bagai tak

Pernah cukup

Tak puas-puas dengan

Hamburan dunia

Namun dalam aku leka

Masalah datang silih berganti

Ujian melanda menyesakkan

Dada

Aku bagai terpenjara

Sukarku mencari jalan keluar

Jeritanku tak siapa dengar

Tuhanku,

Terasa aku kehilangan sesuatu

Jiwaku seakan kosong dan

Lesu

Namun ku tak tahu apa yang

Hilang itu?

Apa yang kosong itu?

Sehingga hidup rasa tak

Bermakna

Sebakku mengenangkan

Nasib diri

Adakah nanti ada tangan

Menarikku bangkit dari

Bilik kekosongan ini

Membimbingku ke arah

Jalan keluar?

Tuhanku,

Kasihanilah aku…

Tunjukkan aku jalan kebenaran

Bukakan hatiku ke arah

Kebaikan

Biarlah aku bersyukur selalu

Dengan apa yang

dianugerahkanMu

sinarkan cahaya hidayah

agar mampuku merangkak

kembali

mencari jalan pulang

mencari jalan keluar

menuju ke arah

keredhaan Mu…

4 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿