Salam sayang blogger sekalian yang masih sudi & tidak jemu2 dtg ke mari...
Keadaan & masalah yang ada buat nora menyepi dr dunia blogger buat sementara waktu..
Rindu?? sudah semestinya.. tapi disebabkan beberapa masalah nora buat keputusan sebegini.. So kat bawah nie ade artikal yang ade nilai moralnya..
Jom terjah sama2..!!!!


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.


Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.



moralnya: luka di hati tak siapa yang tahu... kerana mulut badan binasa... berhati-hatilah dgn tindakan kita kerana kita tak tahu berapa ramai sebenarnya yang terluka dgn tindakan kita.. Renung-renungkan selamat berMuhasabah Diri...

4 Comments

  1. betul ni...sy pun selalu dgr sal citer ni dr zaman sekola lg..
    follow u :)

    ReplyDelete
  2. betul2..
    lg xboleh bla bila orang 2 dh tau die sakitkan hati seseorang tp xnk mntk maaf..

    ReplyDelete
  3. nOnie:
    ye la sbnrnye story dh sering kite dgr... amarah di hati kne di kawal kan..
    btw thanks ye follow me ;)

    ReplyDelete
  4. iema:
    yupssss maaf tu penting & maaf tu bkn menandakan org tu kalah or bersalah... pape pon kita manusia biasa bkn sempurna mne pn so pasti kita juga lakukan kesilapan secara sengaja or tidak.. =]

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿