Pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...


PELAJAR:
"Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kita nak jaga kasih sayang itu nak berkekalan?"


CIKGU:
"Ok kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa kembali ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?


PELAJAR:
"tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik-cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari & berharap ade yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya xjumpa pun rumput yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang belakang saya tadi rumput PALING cantik tapi dah cikgu kata tak boleh toleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya petik."


CIKGU:
"Yaa... itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.."



MORAL:

jodoh pertemuah ajal maut Allah tentukan... tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bertawakal bersyukur & berdoa.. InsyaAllah semua akan baik2 belaka..
Segala ujian ade hikmahnya kita tempuhi dengan kesabaran..
Allah menguji kerana dia tahu Hambanya mampu & buat kita tak lupa kepadanya...
InsyaAllah..

Nora suka dgn cerita kat atas tu.. sebenarnya byk cerita2 sebegini yg hanya ubh rumput kepada bas or ranting.. mcm2 lah tp maksudnya sama sahaja...
so ia sama seperti hidup kita... Nora bersyukur berkat kesabaran nora, segala kelukaan selama nie, segala ujian & dugaan, segala penderitaan akhirnya Allah mendengar doa nora.. Alhamdulillah mission 2011 utk mencari calon rupanya hajat itu terlaksana awal.. maka 05.03.2011 tarikh yg telah di putuskan.. restu org tua.. kehendak org tua xsalah kalo kita ikut.. Allah maha mengetahui maha berkuasa.. Insyallah andai ini yang terbaik utk Nora hope Allah lindunginya... AMIN..

4 Comments

  1. sgt mendalam maksud nyer.. thumbs up :)

    ReplyDelete
  2. She is f.A.z.A:
    yupssssss kita sbg manusia kne bersyukur dgn ape kita ade...

    loLaa:
    hehehhehhe betul dgn ayat ni kan kan kan

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿