DURIAN RUNTUH
TAHNIAH kat mak abah sebab dapat rezeki.
Anak2 felda turut mendapat durian runtuh ini.
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan jumlah yang akan diperolehi oleh para peneroka. Alhamdulillah syukur. Itulah habuan dan hasil titik peluh peneroka2 selama ini, dan nora akui sendiri sebagai anak felda dulu dan kini tidak sama. Dulu felda terlalu kerdil pendapatan juga kurang, nora merasa saat2 harga getah sekilo hanya 0.50 sen sahaja. Tapi kini Alhamdulillah ia mengikut taraf kehidupan sekarang.
Mak abah sekarang juga mendapat bantuan bulanan sebanyak RM1300 kerana penanaman semula, dengan duit tu lah mak abah menampung perbelanjaan bulanan, tak perlu kerja tak perlu uruskan kebun sbb semuanya telah diuruskan. Bersyukurkan mudahkan.. Hujung tahun dapat pula duit bantuan anak sekolah haa yang mana anak yang dah xsekolah juga dapat duit berkenaan, bila hari raya peneroka juga dapat bantuan. Syukur sangat2. Sekarang anak2 felda pun mcm2 boleh dapat mudahkan.
Hari nie PM dh umumkan durian runtuh utk warga peneroka :
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 15,000.00 kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Bukan itu sahaja mereka juga menerima Tabung Amanah dan Saham. Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.
Sempena penyenaraian FGVH, ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion akan diagihkan kepada semua warga peneroka.
Pengagihan adalah seperti berikut :
Fasa 1: RM 5,000.00 kepada setiap peneroka.
Fasa 2: RM 5,000.00 kepada isteri peneroka.
Fasa 3: RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA.
Bukan itu sahaja , SETIAP PENEROKA akan menerima :
1) Tabung Amanah sebanyak 20% saham kepada setiap peneroka. Di mana keuntungan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), akan diagihkan kepada setiap warga Peneroka. Sekiranya FGVH untung selepas penyenarian,insyaAllah akan dapat RM 1,500.00 bagi setiap peneroka FELDA.
2) Setiap Peneroka akan menerima ‘Pink Form’ iaitu Saham Felda dalam penyenaraian FGVH.
Bagi kakitangan FELDA pula, PM Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ bagi mereka.
Perdana Menteri juga menegaskan -
“Tanah peneroka akan kekal milik warga FELDA”.
‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.
“Apa yang ada hari ini merupakan Impian Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi itu kepada tahap yang lebih tinggi”.
“Untuk sampai ke tahap ini, Ianya dengan kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas. Akhirnya, bertukar wajah”.
“Ditempat binatang buas dan puaka itu kita bina kampung dan membangunkan masyarakat”.
FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-DEB. Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan sehingga Berjaya mengujud dan bangunkan 317 tanah rancangan seluruh Negara.
Menurut PM Najib, FELDA merupakan organisasi pengeluar mintak sawit terbesar didunia. Kini ianya mengorak langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA dikonsolidasikan bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH).
Beliau juga mencemuh segelintir minoriti dikalangan peneroka FELDA yang cuba menggagalkan penyenarian IPO dengan membawa ke Mahkamah.
Dalam ucapan alu aluan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus menentukan masyarakat FELDA dibela dan bangunkan. Beliau meminta masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib.
sumber dari ohmedia.fm
kau adaaaaa????
4 Comments
Alhamdulillah..rezeki
ReplyDeletealhamdulillah murah rezki u ol. mama tumpang gumbira
ReplyDeletealhamdulillah. murah rezeki :*
ReplyDeleteTahniah..rezekiii..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿