Selamat menyambut Lebaran Syawal yang akan menjelang lagi 2 hari saja lagi
Dikesempatan ini nora ingin memohon kemaafan andai ada tersalah dan terkasar bahasa dalam gurauan selama ini. Buat teman-teman yang mengenali semoga syawal kali ini lebih indah buat kalian.

Berbanding dengan nora kerana Ramadhan ini sudah cukup menguji dan membuatkan nora redha, begitu juga dengan syawal yang akan di sambut secara sederhana. Sungguh pun hati dirundung hiba namun nora tetap bersyukur kerana dapat beraya bersama keluarga & puteri kesayangan nora.

Andai ada teman yang dekat dan mengenali singgah lah beraya di rumah bonda nora di negeri sembilan & nak dtg beraya di rumah KL pun boleh =)

Selamat hari raya maaf zahir dan batin


3 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿