https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSOJ0eNIVj_lUV34vYe3cK_HyZassEEJM0NmDkVynriyYGZl2T5 

salam sayang buat teman alam maya yang amat disayangi.

Maaf untuk sekian kalinya kerana sejak akhir2 ini nora busy menghadirkan diri dengan kursus & mengikuti lawatan tambahan dengan keadaan diri yang tidak berapa sihat. Bila tiba akhir tahun dan musim cuti sekolah mcm biasa kerja2 dipejabat & sekolah bertambah banyak dan perlu dihantar dengan segera.
Maklumlah cuti sekolah kata kan...

Last week nora mengikuti kursus Pengurusan Stor & Perkhidmatan-Cuti.
Balik bertugas 1 hari dah dapat offer dari Big Boss join Lawatan ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam. Kemudian ada Hi-Tea pula dan cuti berselang seli dgn Deepavali & Maal Hijrah.

Lawatan ke Terengganu mencabar buat nora yang tidak berapa sihat. Bila diri join lawatan maka berkorban tidak dpt jumpa my sayam baby zarra. Seronok walaupun cuaca hujan rintik2 dan nora mengalami sedikit lelah. pape pun lawatan kali nie mmg BEST. Banyak tempat yang kami lawati dan Alhamdulillah mengikut Program seperti yang dirancang.

Kami melawat ke Muzium, ke Tamadun Islam, ke Planetarium, Shopping di Pasar Payang dan borong keropok lekor di Seberang Takir. Lawatan ini semua memberi makna walaupun kepenatan melayan kerenah budak2 sekolah rendah nie. Paling Best ke Taman Tamadun Islam rasa mcm tak puas sebab masa tidak mencukupi. Sepanjang di sana kami bersyukur kerana Sarapan Pagi & Tengahari di sponsor. untuk hari pertama sampai kami dpt makan free dan keesokkannya sarapan pagi kami di sponsor oleh teman Big Bos iaitu Cikgu Hamzah. Kami dijemput makan pagi di rumah cikgu Hamzah. Sangat sedap Nasi Dagang & keropok lekor.


Bergambar kenangan bersama Cikgu Hamzah (kawan GB)

 


Sekitar Taman Tamadun Islam



13.11.2012 
pula sekolah nora ada buat Hi-Tea di Pusat Konvensyen Sime Darby.
Wahhhh sangat seronok dapat makan free lagi dan mmg superp makanan kat sne sebabnye makanannye bukan penuh dengan aneka nasi & lauk pauk sebaliknye makanan lain. Fiuhhh rugi sapa tak makan. Majlis Hi-Tea ni jugak sempena salam perpisahan buat Ustazah Rosazlina bt Mahmood yang dapat bertukar ke Negeri kelahiran Terengganu..

Senang citer memang enjoy sgt sejak nora menjadi sebahagian warga SKSP

Ni group table nora (dpt gelaran table kuat makan)

 Big Boss penyayang

 Tanda hormat cara Kursus Perasa

Kenangan bersama ustazah Rosazlina bt Mahmood

4 Comments

  1. wah!sangat eventful :) sedap kn food kt sime darby :) saya pn prnah pegi skali monument park tu :)

    ReplyDelete
  2. salam nora,

    amboi sakan diorg ekh ber hi-tea...

    zarra sht?

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak jejak kaki kat Ganu :) nanti ada plan nak pergi jugak

    ReplyDelete
  4. wuahhh unik salam hormatnya ngee~

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿