Pada 15 Mac 2014, bertempat di Sunway Pyramid satu pertandingan Salebration Explorace 2014 anjuran Tourism Malaysia sempena pelancaran 1 malaysia Grand Prix Sale 2014 telah di adakan.

Actually untuk pengetahuan korang nora dapat invitation daripada kenalan blogger di bawah group KBBA Lembah Klang under Abg Ben Ashaari iaitu brother Potia Casadelarossa. Nora berminat join event ni sebabnya nora dah lama tidak mengikuti sebarang event dibawah nama blogger dan paling syok event kali ni boleh bawa anak.

Sebenarnya nora tidaklah dapat info sepenuhnya berkenaan event ni akan tetapi nora akan share juga pada korang ye.

Sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi - 8.30 pagi di Bubba Gump Shrip Co. Restaurant bersebelahan dengan pentas pertandingan explorace. Peserta terdiri daripada blogger & juga media tang terlibat. Kami juga disediakan makan pagi & tengahari yang ditaja oleh Bubba Gump.

Tempat Pendaftaran & Juga Tempat Minum Pagi & Makan Tengahari Kami


Menu Sarapan Pagi


Menu Makan Tengahari
Krik Krik si Zarra excited nak makan sebab lapar

Pertandingan explorace tertumpu di dalam Mall Sunway Pyramid yang terdiri daripada 4-5 orang dalam 1 kumpulan. Tetapi kumpulan kami mempunyai ahli yang ramai. Walaupun begitu penyertaan kami tetap diterima. Mau tak ramainya berikutan kana-kanak rebina turut serta. Ok, dalam pada kami cuba menjawab soalan yang diberi sempat juga kami cuci mata kiranya macam window shopping.. Kelassss nok... Kau Hado?? Hahah okeh explorace atau lebih kepada ala-ala Treasure Hunt ni bukanlah semudah A B C ye, soalan-soalan yang di tanya tidak terjaukau dek akal kami.. Haaa nampakkan susahnya mcm mana. Apapun kami masih mampu menjawab dengan betul beberapa soalan yang di tanya. Alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan misi walaupun dalam keadaan letih.. Maklumlah kumpulan kami paling Havoc dengan anak-anak cilik. Ini semua atas pertolongan daripada gadis comels + baik hati yang tidak jemu membantu & melayan anak kami. Terima Kasih tidak terhingga kepada DikBee.


 Group Paling Havoc

 Haaa inilah group cilik kumpulan kami iaitu anak-anak KBBA Lembah Klang

Zarra yang suka pada lensa camera
Photo By : Eddy Ahmad


Terdapat 3 pemenang yang berjaya menjawab dengan betul. Tahniah kepada mereka. Dan maaf sangat-sangat  nora tidak pula snap gambar mereka. Maklumlah si zarra dah mula mengamuk keletihan.


Pelancaran 1 Malaysia Grand Prix Sale 2014

Masa pelancaran petang itu nora tidak berada di situ kerana zarra dah mula mengamuk. Tetapi sempat juga nora ambil gambar semasa sesi rehearsal. Sedia maklum pelancaran ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Seri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia. Nora hanya tahu artis jemputan yang terlibat ketika itu adalah Farhan AF dan Man Kidal. Terdapat juga pertunjukan fesyen dan persembahan tarian. Acara diteruskan sehingga esoknya 16 Mac 2014.


Snap dari level atas so tak berapa clear. Stage Pelancaran 1 Malaysia Grand Prix 2014


Artis jemputan Farhan Af & Man Kidal

Haaaa ini adalah hasil daripada event ini.

Thank you so much pada Tourism Malaysia.


9 Comments

  1. wow.. suka sgt dgn gaya penulisan yg bersahaja mcm ni.... tp event tu mmg terbaik kan...

    ReplyDelete
  2. Waahhh..kte mesti ketemu kan time tu... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Fulamak ada petikan solo Man Kidal.

    ReplyDelete
  4. potia casadelarossa :
    Tapi tapi ummi bukan pandai menulis pun. Thank you eh sbb invite join program ni.

    Mmg best sgt2 lah

    ReplyDelete
  5. Ahmad Fauzi Aryaan:
    Hooolaaaa nampak dan abam enseng ni.. Tapi mse tu takut nak tegur sbb takut slh org.. Ekekeke rupanya meme sahih si abam enseng A.F.A

    ReplyDelete
  6. akubiomed:
    Kreng kreng tiu tiu tiuuuuu.. Meme thorbaik dr abg Man Kidal.
    Meme best tp mse tu tgk xlame..

    ReplyDelete
  7. akubiomed:
    Kreng kreng tiu tiu tiuuuuu.. Meme thorbaik dr abg Man Kidal.
    Meme best tp mse tu tgk xlame..

    ReplyDelete
  8. byknye zara makan...buat aunty lapar je hahaha
    best lah dpt join event yg libatkan anak..hapening sgt

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿