Salam selasa.

Salam 23 Ramadhan 1435H

Pagi tadi masa otw pergi kerja tetiba zarra menangis menjerit cakap sakit perut.

Bila ummi tanya zarra nak poopoo dia kata tak nak. "zarra sakit perut ummi" dalam nada merintih..

Sampai rumah  pengasuh pesan ngn mama suruh sapukan minyak.

Tak sampai setengah jam mama call suruh bawa zarra ke klinik. Kelam kabut keluar sekolah dan ambil zarra.

Klinik kerajaan TTDI mmg tiada servis ubat makanya pergi cari klinik 24 jam.

Pusing punya pusing cari parking terus decide parking di pasar besar TTDI. Zarra menangis cakap sakit perut buatkan hati ummi xtentu hala  Gelabah jugak drive sambil urut2 perut dia.

Mujur dpt parking di pasar. Dukung dan terus pergi ke Klinik Family TTDI. Keadaan diklinik tidak ramai pesakit.

Doktor check dan tanya sama ada Nur Izarra Qistina buang air besar atau tidak.

Ummi : petang semalam poopoo mcm biasa, mkn masa berbuka dua mmg msk khas lauk dia mee kicap, ns, ikan grg dan sayur.

Doktor : perut tak kembung. Ok tapi keras di ari-ari. Sambil doktor tekan2 zarra menjerit sakit. Doktor kata keras. Usap lagi dan zarra cakap "ummi zarra kencing" doktor tekan lagi dia ckp lagi "ummi zarra kencing" sedu2 zarra.

So doktor kata mungkin angin, bagi dia kentut dan cek kencing. So doktor bg ubat antibiotik dan ubat angin.

Pampers penuh mujur sebelah klinik 7e terpaksa beli pampers dan ganti yabg baru.

Bila tanya zarra sakit lagi tak dia angguk je tapi dah tak nangis.

Doktor kata sekiranya pukul 2-3 petang dia masih menangis datang semula klinik utk check up selanjutnya.

Doktor tegah dari hantar ke rumah pengasuh tapi uols kan tau bkn senang nak cuti mcm tu je. susah hati ummi ni bila terpaksa hantar zarra rumah mama.

Sampai sekolah nak buat kerja 1 apa pun tak boleh. Pesan kat mama kalau dia masih sakit call ummi.

Ya Allah, dari malam tadi zarra meracau. 2 3 pagi dia meracau mengigau. Walhal tak keluar ke mana2 pun. Susah hati ummi bila anak meragam macam ni. Tidur pun tak lena...

Semoga sayang ummi Nur Izarra Qistina cepat sembuh. Habis kerja ummi ambil adik ye sayang..

1 Comments

  1. Ummi Zarra....bila anak tak sihat kita lagi rasa sebak dan sedih kan...semoga zara segera sembuh...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿