Iftar di Kuala Lumpur International Hotel
Salam Ramadhan #16
Alhamdulillah rezeki buat nora dan zarra.
Sebelum ni nora banyak nak join iftar bersama blogger tapi semua tidak dapat dipenuhi.
Maklumlah ada syarat juga untuk sertai iftar tersebut. Bukan rezeki nora untuk join para blogger..
Sob sob sob...
Terima kasih pada bos dan pentadbir kerana menaja iftar pada 14 Julai 2014 untuk kami staff pejabat SKSP.
KLIH ni terkenal untuk kursus goverment terutama JPWPKL. Semasa tiba di sini ramai jugak kakitangan JPWPKL yang ada. Mungkin mereka ada kursus ataupun taklimat.
O
Alhamdulillah kali ini dapat berbuka puasa bersama zarra di luar.
Antara menu yang menarik di sini adalah terdapat pelbagai jenis kerabu. Haaa nama pun dah pelbagai dan tidak silap nora lebih dari 7 jenis kerabu.
Maaflah tiada gambar..
Selain itu ada masakan melayu seperti siput sedut, pajeri terung, ulam ulaman, ikan bakar, kambing bakar, nasi ayam, soto, murtabak, kuih muih dan banyak lagi.
Terdapat juga menu live di sini seperti cucur, keropok lekor, roti jala, ABC dan banyak lagi.
Paling seronok zarra. Maklumlah dia dah kenal GB dan juga GPK. Terpaksalah bos layan zarra. Atok zarra katanya.
Asal hilang puan azizah sibuk dia tanya mana pergi cikgu. Haaa kemain zarra ye.
Apapun alhamdulillah banyak zarra makan. Dan last sekali zarra tolong akak abang yang sibuk mengemas.
Dalam hati ni peramah sangat si zarra ni..
Korang juga boleh mencuba untuk berbuka di KLIH. Sahur juga disediakan.
RM68 untuk dewasa
RM35 untuk kanak-kanak
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿