Indah Kurniaan Mu
Salam Ramadhan...
Alhamdulillah nora bersyukur pada Allah atas amanah yang diberi. Tidak sangka anak dara nora dah besar.
Nur Izarra Qistina nama di beri. Besarnya dia tanpa insan bergelar babah di sisi. Walau kecil tubuhnya, walau genit geraknya, namun syukur kerana zarra mampu berdikari. Nora panjatkan doa moga senantiasa diberi kesabaran yang tinggi untuk membesarkan zarra.
Sedikit demi sedikit zarra dah mula belajar dan pandai mengucapkan bismillah, pandai mengikut ummi sembahyang, alif ba ta jelas butirnya walaupun agak berterabur. Alhamdulillah.
Gambar ni di ambil beberapa hari yang lalu. Sekarang asal nora sembahyang dia turut serta. Belum pun sempat kita pakai telekung dia dah siap baca Bismilla, Allahuakhbar dan Allahumma..
Teletah dia sekarang masyaAllah lagak seperti orang dah besar.
Apa pun syukur insan kecil inilah kekuatan nora, pengubat segala luka, dan ingin selalu bersamanya. Moga Allah lindungi kami. InsyaAllah..
Wajah kesayangan hamba
2 Comments
Semoga menjadi anak yang solehah Izarra.. :)
ReplyDeleteHope so emalin..
ReplyDeleteTerima.kasih ye..
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿