ZAKAT FITRAH
Semoga ramadhan kali ini penuh barakha dan diterima Allah. InsyaAllah.
Kita sedia maklum bila tiba bulan Ramadhan sebagai umat islam wajib menunaikannya seperti yang terkandung dalam rukun islam ke 3.
Begitu juga dengan zakat. Banyak zakat yang ada dan perlu kita bayar mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Sekarang mari kita menunaikan rukun islam ke 4 iaitu zakat. Salah satu zakat yang wajib kita tunaikan adalah zakat fitra.
Alhamdulillah ini merupakan tahun ke 3 nora sendiri membayar zakat termasuk tanggungan nora iaitu anak nora Nur Izarra Qistina dan adik nora.
Semalam nora berkesempatan menunaikan rukun islam ke 5 ini. Semasa di bazaar di Kg Sg. Penchala terdapat khemah yang disediakan untuk kutipan zakat. Dah alang-alang nora nampak dan lalu maka terus laksanakan suruhan ini. Zakat Fitrah bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak RM7.00
Alhamdulillah nora dah pun bayar zakat fitrah untuk 3 orang. Dan kepada korang semua jangan lupa untuk menunaikannya..
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿