Salam sayang semua
Selamat berhujung minggu.

Hari ni nora tiada ke mana-mana. Memang plan nak duduk rumah sahaja. Rasa nak rest nak memeram maklumlah hujan kan..
Sedang sibuk nora lipat baju hanger baju memang nora biarkan zarra apa yang dia nak buat.




Memang habis bersepah tapi sabarkan sahaja maklumlah malas nak dengar dia menangis dan bosan. Biarlah apa yang dia nak main.

Tiba-tiba berlaku saat yang mencemaskan bila zarra terkunci di dalam bilik. Dia pula dah menangis menjerit-jerit.

Panik seketika. Puas nora pujuk suruh dia senyap and dengar apa nora cakap. Tapi biasalah zarra akan menangis bila pintu tertutup sebab dia takut dan sebenarnya bukanlah zarra tak pandai nak buka pintu.

Tapi hari ini.....

ummi : adik diam dengar cakap ummi, tunduk bawah sini. ummi kat bawah pintu ni. (dia pun datang tunduk hulurkan jari, menangis suruh buka pintu)
Sayu hati ummi..

zarra : ummi bukak pintu ummi (nangis dan menjerit)

ummi : adik dengar cakap ummi ni. adik lap tangan adik dekat towel. Ambil towel adik dan bukak pintu ni.

Nampak dia terkedek2 ambil towel dan berusaha pusingkan tombol pintu.

Zarra : Ummi tak boleh ummi (menjerit nangis)

Ummi : adik boleh buat.. pusing kuat2.. buat banyak kali...

Nora nampak dia berusaha walaupun masih menangis.

Zarra : Tak boleh ummi.. Bukak pintu ummi (menangis tanpa henti)

Panik risau sebab tak tahu macam mana nak buat memandangkan kunci berada di dalam bilik.

Ummi : adik amik kerusi adik letak dekat pintu. Amik towel adik pusing kuat2. Jangan nangis syg. adik boleh buat. Ummi tunggu ni.

Zarra : jap ummi..

Masih dengar sedu sedan dia. Berusaha ambil kerusi dan panjat. Nora nampak bayang2 dari bawah pintu.

Ummi : pusing kuat2 dik. Pusing lagi dik. Adik boleh cepat dik..

------ tick ----- 

Cecepat pegang tombol pintu dan tolak sedikit sambil bagi arahan pada zarra suruh alihkan kerusi.

Dapat je pintu buka terus terpa peluk dia. Basah lencun baju anak ummi.

Ya Allah syukur... Kesian anak ummi. Terus dia peluk kuat menangis kuat. Mungkin dia rasa takut.. Kesian anak ummi.

Sambil peluk dan riba dia nora bagi susu and slow talk bagi tahu pada dia kepas ni jangan buat lagi macam ni. Sayu je dia angguk kepala..

Bahana bila dia main baby oil dan pintu terlock dari dalam.


Alhamdulillah serba sedikit zarra boleh menerima arahan walaupun pada mulanya dia menangis menjerit...

Syukur Ya Allah dalam keadaan sebegini hanya kami berdua Kau beri jalan dan permudahkannya untuk kami..

4 Comments

  1. Nasib baik boleh buka.Kena tinggalkan kunci bilik dekat bilik lain untuk safety

    ReplyDelete
  2. Pernah happen kat anak juga..memang mencemaskan...

    ReplyDelete
  3. Pernah happen kat anak juga..memang mencemaskan...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿