Salam Sayang...

Tajuk untuk hari ke 14 ni dah macam zaman kanak-kanak sekolah rendah. Dulu kan famous bila nak buat karangan mesti cikgu suruh buat cerita pasal kasut saya, baju saya dan semua berdasarkan benda di sekeliling kita.

Sumber Google

Ok cerita pasal kasut kegemaran nora sebenarnya tak ada apa yang special pun. Sebabnya nora tak kisah pakai kasut apa pun asalkan memberi keselesaan pada nora.
Kalau dulu nora banyak koleksi kasut high heel and wedges. Sebab dulu badan nora kurus slim hokeh berat pun tak sampai 55kg. Brand yang selalu nora beli adalah Vincci. Sebab selesa dan simple design. Selain tu ada jugak beli hush puppies and brand yang biasa-biasa sahaja. Paling tinggi high heel pun 3inc jerk. Hehehe Rindu nak pakai semula.

Apabila nora accident dan jari kaki patah membuatkan nora tak boleh pakai kasut tumit tinggi. Kalau pakai wedges pun mesti akan rasa sakit selepas beberapa jam pakai.
So nora decide pakai loafer. Simple and selesa. Nora suka croocs, suka yang simple and bagi keselesaan. Tak kisah apa brand sekali pun. Sesuai kot pakai loafer sebab sekarang badan nora naik 10kilo dari yang dulu. Haaaa bayangkanlah mana nak larat bawak badan kan. Hehehehhe

Ok kasut kegemaran saya adalah kasut yang memberi keselesaan pada saya dan tidak menyakitkan kaki saya. Fullstop..

0 Comments