Salam Sayang...

Salam Jumaat salam penuh barakah...



Pelik tapi inilah kenyataannya yang terjadi dengan zarra. Bermula dari petang selepas balik dari kerja zarra dah mula buat perangai. Dia minta makan so nora pun bagi makan nasi dan sup ayam. Selepas maghrib sedang nora sedang mengemas dapur dia buat perangai nak minta main susu. Memang hangin juga dibuatnya. Apa ke pelik nak minta bekas susu dan nak main. Sebelum minta susu dia dah pun main gula pasir. Katanya zarra nak masak. So memang bersepah dan berselerak.

Bila dia mula reda dan menonton tv nora melayan sambil menonton bersama. Tiba-tiba zarra kata :

Zarra : Ummi nak mandi

Ummi : Nak mandi buat apa. Dah malam tak baik mandi malam-malam nanti zarra sakit badan.

Zarra : Alaaaaaa nak mandi dan mula menangis..

Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Tak pernah dia buat perangai pelik gitu. Lepas mandikan dia dan pakaikan baju dia minta tengok upin dan ipin. So ummi pun berkesempatan tengok cerita korea.

Around 1.00 am kami masuk kamar. Tapi zarra masih mengadap upin dan ipin. Ummi dah lena tak sedar apa dah. Tapi tiba-tiba terdengar suara budak menangis. Terpisat-pisat ummi bangun tanya kenapa zarra nangis. Zarra nak apa?

Zarra : zarra nak mandi (sendu sedan)

Ummi : Ya Allah nak mandi apa lagi zarra. Dah pukul 2.45 pagi ni sayang. Zarra demam ke?

Zarra : tak demam. Zarra nak mandi sambil menangis jerit-jerit.

Bukakan baju dan suruh dia berjalan sendiri ke bilik air. Mandikan ala kadar sahaja. Siap pakai baju dan bancuhkan susu untuk dia nora suruh dia tidur. Tapi tapi tapi dia masih mengaadap HP dan tengok upin dan ipin.



Sambil tu ummi membebel. Suruh tidur tak mau. Jangan esok ummi kejut suruh bangun zarra tak nak bangun memang kena tinggal. SO dia diam dan sambung minum susu. Sambung tidur.

Tapi terjadi lagi tetiba dengar suaraa zarra merengek.

Zarra : Ummi bangun ummi zarra nak makan.

Ummi : Ya Allah zarra ni kenapa. Pukul 4.20 pagi zarra. Zarra tak selesa ke? Zarra lapar ke?

Zarra : (diam) zarra nak makan.

Ummi : makan biskut ye sayang, esok pagi ummi masakkan lauk zarra bawak pergi rumah mama ye.

Zarra : tak nak zarra nak nasi.

Ummi : nantilah sayang ummi masak. zarra makan biskut dulu ye.

Zarra : sambil ambil biskut.

Ummi dah sambung tidur sebab sakit kepala dibuatnya. Sambil tu dengar diaa kata nak biskut lagi dan ummi suruh ambil sendiri atas meja.

Jam 6.00 am ummi sedar dan tengok zarra dah terlena. HP ummi habis batery dan bila bangkit nak prepare makanan dia nora nampak separuh biskut ada atas meja. Sebenarnya dah lewat nora bangun. So dari plan nak masakkan zarra nasi goreng dan ikan masak kicap terus nora ubah sekadar masakkan ikan singgang.

Kejutkan zarra memang susah itu pun terpaksa menggeletek dia dan dia mengekek gelak. Soil mood ummi bila dia buat muka suruh dukung dan kata zarra penat.

Singgah di gerai nasi lemak nora tapaukan nasi lemak untuk zarra. Sebab tak sempat nak buatkan nasi goreng untuk dia.

Pelik tapi itulah hakikat yang terjadi pada zarra. Moga Allah lindungi kami berdua...

8 Comments

  1. Sabar ye kak... Biasalah tu budak kecilkan.. mesti dia takut kot masa tu atau tak boleh nak tidur.. ena kecil kecil macam tu la.. mulalah kacau mak ena tengah tidur.. hehehe

    ReplyDelete
  2. ✿ Ina Ainaa ✿ :
    iyulah ina memang hilang sabar jugak semalam. Tapi bila dah marah-marah usap-usap peluk-peluk dia semula..
    Dah lah tinggal kami berdua je..
    Terima kasih ina..

    ReplyDelete
  3. dia nak minta perhatian lebih..lewat betul zara tidur ye..anak saya kalo kul12 tak tido lagi saya bebel2..

    ReplyDelete
  4. Busyra Bt Takiyudin:
    Terima kasih ye dear.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Mar Mansor :
    Selalu dia tidur awal jugak tapi mlm td tak tau kenapa dia berperangai pelik...

    ReplyDelete
  6. Hihihi.. comel je perangsi zara...

    ReplyDelete
  7. Kadang2 budak2 ni saja nak tarik perhatian kita...nak bermanja lebih2..nak suarakan tak pandai...

    Salam ukhuwah dari Bunda...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿