Salam Sayang....

Perhatian kepada ibu-ibu, mommy-mommy, mama-mama dan kawan-kawan nora yang mempunyai anak berumur 2-7 tahun, nora nak ajak uols join Kempen Pirate and Princess: Power of Doing Good dari Junior Disney.

Kempen ini bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang nilai-nilai cinta terhadap alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Selain itu juga, ia memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat


“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami yang terdiri dari WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content,  Walt Disney Company Asia Tenggara. 



"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat," kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura. 


Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.




Makluman kepada Ibubapa yang ingin mengetahui aktiviti-aktiviti yang disediakan boleh layari laman web :

www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema : 

  • Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. 
  • Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. 
  • Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online. 


 So uols dan anak-anak bolehlah join kempen yang bermanfaat dan mendatangkan keseronokan kepada anak-anak dalam meneroka dunia mereka disamping memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

2 Comments

  1. anak saya sangat suka watak Disney Junior, e.g Jake dan Sofia

    Semoga kempen ni dapat terapkan nilai baik kpd mereka

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  2. suka sangat tgk ceta katun walaupun saya dah tua bangka.. hehehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿