Salam Sayang.



Alhamdulillah genap sudah umur anak nora Nur Izarra Qistina yang ke 3 tahun pada 30 Disember 2014 lalu.

Sebenanrnya nora tak plan untuk sambut birthday zarra di sini tapi atas usaha mak dan abah akhirnya dapat juga kami bersama. Terharu sangat bila mak dan abah sanggup bawa zarra datang KL.

Untuk pengetahuan uols zarra dah stay di kampung sebulan yang lalu sebabnya pengasuh zarra pulang ke kampung then memang tahun 2015 zarra akan bersekolah di kampung. 

So dengan pengorbanan mak abah bawa zarra ke KL tak terucap nora terlalu sedih dan gembira. Kebetulan family along nora stay di rumah untuk beberapa hari makanya after balik kerja pada tarikh tersebut nora ajak mereka sambut secara kecil-kecilan birthday zarra.

 

No idea pada petang tu so dengan badan letih, jalan jem mak dan abah pun letih nora decide bawa ke The Curve sahaja. Dari rumah lagi zarra dah request nak kek. Sampai The Curve bawa zarra main di playground area Lego. Seronok sangat zarra. Rindu sangat dengan kelagat dia. Kalau dulu selalu bawa dia lepak di sini, bila kebosanan dan tiada uwang. Puas bermain kami makan di Secret Recipe. Sampai saja zarra terus minta cake.



Ingat sekadar nak beli cake Secret Recipe then sambut tempat lain tapi disebabkan masing-masing penat dan letih makanya terus stay di situ.

1st zarra request cake yang dia Nampak dalam gambar. Nora sendiri tak pernah try lagi Cake Chocolate Brulee. So nora order cake chocolate brulee 2 slice then tulis nama zarra dan umur. Satu lagi macam biasa mesti order Chocolate Indulgent.




Walaupun simple dan sederhana tapi itu sahaja kesempatan yang ada untuk bersama zarra dan family. Syukur Alhamdulillah rezeki yang Allah limpahkan untuk kami.


Sempat juga nora grab something untuk present pada zarra. Sebelum tu nora dah beli Elsa yang besar, Set Memasak dan juga Scooter untuk Zarra. Ummi tak dapat berikan lebih untuk zarra hanya mana yang ummi mampu sahaja untuk buah hati ummi hingga hujung nyawa.


After makan masing-masing pulang ke sarang.


"Sayang, ketahuilah bahawa kamulah anugerah terindah buat ummi, kamulah amanah yang Allah beri pada ummi, perih jerih selama 3 tahun kita bersama moga kamu ingat dewasa kelak, ketahuilah ummi teramat sayang pada kamu. Tiada apa yang utama dalam hidup ummi melainkan hanya kamu. Ummi akan cuba yang terbaik menjadi ummi buat kamu, akan lakukan yang terbaik untuk kehidupan kita dan semoga Allah terus melindungi kita. Semoga kamu menjadi anak yang baik, mendengar kata, menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat."
 

7 Comments

  1. Happy Birthday Zarra... BTW, baru jer add masukkan blog ni dlm bloglist KBBA kat blog abah careno... hehhee

    ReplyDelete
  2. happy birthday Zarra sayang! muahhh.. miss u!
    Hadirah pun rindu Zarra.. hik hik hik

    ReplyDelete
  3. ummi.. mummy tag ummi utk join giveaway..

    ni link dia.. :) hope sudi join..

    http://www.suesopian.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, kaknoor singgah follow sini,btw happy busday utk Zarra ya

    ReplyDelete
  5. dah besar dah dia. happy belated bufday ya. eh :)

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday. semoga jadi anak yang bertanggung jawap..

    ReplyDelete
  7. cantik nian bertumbuh jadi anak saleh ya

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿