Salam Sayang,

Nur Izarra Qistina tahun ni genap 4 tahun even sekarang umur dia baru 3 tahun 7 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat walaupun anak ummi ni halus je orangnya.

Inilah amanah yang ummi kena jaga, amanah yang dipertanggungjawabkan.
Moga hati ini, diri ini mampu harungi dan Allah beri ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Ok sebenarnya nora nak story pasal kegemaran dan minat zarra.
Sedari dulu nora cukup bimbang dengan minat zarra al maklumlah dia tidak berminat berpakaian skirt mahupun gaun seperti budak perempuan yang lain. Nora cuba pakaikan sebab dia masih kecil. Permainan juga nora cuba belikan seperti kanan-kanak perempuan lain.

Namun kini dia makin membesar makin jelas pula kecenderungan zarra.
Zarra lebih suka berpakaian casual seperti seluar dan tshirt, selipar dan benda-benda yang simple.
Asalnya nora juga begitu minat dan suka zarra berpakaian sebegitu. Namun kini makin gusar apabila dia langsung tak nak pakai dress mahupun skirt. Apatah lagi baju yang seksi seperti lengan pendek sehingga nampak ketiak. Paling tidak di jawabnya "cantik ummi tapi zarra tak nak pakai. Seksa!!"(seksi). Fiuhhhh...

Baju Raya Katanya. Layankan Aje.

Sanggup tak buka belt gara2 tak mau bagi dia pakai
 Permainan pula dia lebih tertarik dengan permainan lelaki seperti kereta, motor dan permainan yang lasak. Tidak pula dia minat dengan permainan anak patung dan permainan kanak-kanak perempuan yang lain. Jelas kelihatan semasa ada pameran di The Curve, Damansara, bila mana zarra lebih tertarik dengan permainan Hot Wheal berbanding permainan Barbie Doll.



Ajak main ni langsung tak nak.

Puas ajak dia bermain anak patung tetapi dia tetap nak main kereta. Dan terpaksa juga nora belikan set Hot Wheels untuk zarra memandangkan tak larat nora nak berlamaan di situ. 2 hari berturut nora ke sana semata-mata tunaikan kehendak zarra.



Punya Excited Zarra Main Benda ALah ni.

Apa pun jauh di sudut hati nora berharap walaupun zarra lebih cenderung keadaan sebigini nora tetap inginkan dia menjadi anak perempuan nora yang cantik dan solehah. 3 tahun membesarkan zarra sendirian sedikit sebanyak mesti ada cacat celanya. Walaupun sukar namun nora tetap jua usaha lakukan yang terbaik untuk permata hati nora dalam memastikan dia dapat kasih sayang, perhatian dan kebahagiaan sama seperti kanak-kanak lain walau hakikanya dia hanya ada ummi yang menjadi bapa dan juga ibunya.

p.s : Moga Allah lindungi kami dan beri sinar bahagia buat kami.

3 Comments

  1. sebaya la..anak sulung kite pun dah 4 tahun...

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿