Roller Blade Telah Menambat Hati Zarra
Salam sayang...
Kini roller blade mendapat sambutan luar biasa dikalangan anak muda masa kini tidak kira di mana pun berada samada di bandar mahupun di luar bandar.
Fenomena ini mencuit hati anak muda untuk menjadikan roller blade salah satu sukan atau menjadikan bahan yang boleh digunakan untuk riadah bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Ada yang sekadar menyewa dan ada yang sunggup mengeluarkan belanja untuk memiliki sendiri kasut roda ini.
Tidak ketinggalan dengan zarra. Ntah mana dia nampak budak pakai kasut roda. Beria dia minta nak kasut roda warna pink. P.I.N.K okeh. Masalahnya zarra whatsapp minta pada aken. Dengan ummi memang tak layanlah sebab mahal kot kasut tu.
Tapi disebabkan zarra merengek dan beria nak, aken pun layankan saja. Masa cuti sekolah hari tu, nora ambil zarra stay dengan nora di KL. So ambil kesempatan waktu tu untuk servey roller blade. Gigih pergi survey sebab nak tunakan permintaan buah hati, dan kebetulan aken pun suruh cari. Lari sekejap bawa zarra ke chow kit. Puas mencari roller blade size kanak-kanak dan yang penting warna pink.
Dari satu kedai ke satu kedai nora pergi sampai tahap zarra dah penat nak berjalan. Muka pun ada sikit masam monyok mencuka. Paling tak larat bila zarra minta dukung sebabnya dia dah tak larat nak berjalan.
Rasa dah give up sebab tak jumpa, so decide bawa zarra pergi makan dulu, paling dekat ofcoz lah KFC area situ kan. So sementara on the way ke KFC singgah satu lagi kedai paling hujung. Haaa Alhamdulillah rezeki zarra jumpa roller blade kanak-kanak dan ada warna pink.
So pujuk zarra dulu pergi makan sementara tunggu keputusan aken dia nak beli or tidak. Yang penting money.. muahahhahahah... Kasi makan dulu puas-puas baru dia ok sebab dah ada apa yang dia nak.
Bila aken dah transfer duit, barulah pergi ke kedai semula. Alhamdulillah rezeki zarra dapat roller blade yang diidamkan warna pink gituh..
Muka excited anak ummi. Sanggup nak belajar bila sampai rumah.... Kemain dia punya happy bila dah dapat apa yang diidamkan.. Gigih tengok video teknik nak imbangkan badan... Alhamdulillah kerana rezeki yang Allah berikan..
Thank you awak sebab melayan kehendak anak dara.
Thank you Allah kerana hadirkan insan-insan yang disayangi.
Muka excited anak ummi. Sanggup nak belajar bila sampai rumah.... Kemain dia punya happy bila dah dapat apa yang diidamkan.. Gigih tengok video teknik nak imbangkan badan... Alhamdulillah kerana rezeki yang Allah berikan..
RM125 Sahaja Selepas proses tawar menawar... |
Thank you Allah kerana hadirkan insan-insan yang disayangi.
1 Comments
Wahhh sulitnya dia dapat barang yg dia nak..
ReplyDeleteMemang musim roller blade loni anak saudara ekin ayah siap beli kat dia
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿