Belajar Untuk Redha, Allah akan ajar untuk Bahagia
Jadi perempuan itu...
Kena jiwa kental.
Kuatkan hati.
Jangan asyik melayan emosi sampai lembik pucat lesi.
Cukup...
Saat kau mengharap. Tapi tak diendah.
Pujuk Hati...
Jangan gundah. Buatlah seperti tak kisah
Syukurlah dan Ucaplah Alhamdulillah
P A S T I B A H A G I A
Happy Zarra bila dapat anak patung Upin |
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk nora bersama zarra. Hampir sebulan lebih nora tak berjumpa dengan zarra. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Hari-hari yang dilalui penuh hiba walaupun senyuman tetap terukir di bibir. Itulah nora, hanya mampu meluah rasa pada FB, Instagram berkenaan hati dan perasaan ni.. Mesti korang bosan dan jemu kan???
Doa di setiap sujud tidak pernah nora lupakan untuk titipkan doa buat buah hati nora moga sentiasa dalam lindungan Allah.
Hari jumaat selepas event bersama InvolveAsia nora terus pulang ke Cheras. MasyaAllah bergetar hati ni dapat jumpa anak. Semahu-mahunya nora dakap zarra. Dalam hati sampai berkata, dah besar rupanya my daughter. Dapat tahu mak abah nak datang ke KL nora mula runsing sebab zarra dah pesan dia hendak anak patung Upin. Masa ni belum gaji, anak patung berharga hampir RM50, sedih rasa hati bila memikirnkan perkara itu.
Kemain merah bibir zarra. Teman ummi cari barang hantaran |
Namun, syukur alhamdulillah bila uncle zarra ingin belikan anak patung Upin untuk zarra. Itupun dengan syarat zarra lulus membaca dan mengaji depan uncle dia (melalui voice note whatsapp). Bila uncle kata belikan juga anak patung tu bergegas mencari, mujur ada jual di Stesen Petronas Sungai Penchala yang berdekatan dengan rumah nora.
Terharu, serius terharu. Type entri ni pun sambil mesat air mata. maklumlah nora tak mampu nak sediakan apa yang ank mahu dalam masa terdekat. Bila dapat belikan apa zarra mahu dan bagi pada dia. Ya Allah muka kegembiraan zarra buat hati ni tersentuh. Allahuakhbar, dia sanggup berusaha menghafal dan membaca semata-mata nak dapatkan anak patung Upin. Dan perangai zarra dia akan bersemangat bila uncle dia yang suruh. Everything is uncle.
Buah hati pengarang jantung ummi sampai akhir hayat |
Sepanjang weekend tu nora banyak habiskan masa dengan zarra. Terus terang nora kata, dalam masa 2 hari itu, memang tidak cukup dan tidak puas dapat bau dia, masakkan dia, makan dan suap dia.. Terutama bila part tidur.. Ya ALlah rindu sangat-sangat. Tak puas.
Saat untuk berpisah berderai air mata ni. Tak mampu nora nak elak dan tahan dari menangis di hadapan dia. Cuba kuatkan hati saat tu, cuba ceria namun bila dengan bisikan dia "zarra nak duduk dengan ummi" halus sayu je suara dia.. Allahuakhbar hiba sangat-sangat. Terus nora dakap dan menangis sambil pujuk dia.. Suruh zarra banyak-banyak berdoa minta permudahkan urusan ummi balik negeri sembilan. Dan janji pada dia cuti sekolah nora akan ambil...
Yakinlah hati, semua akan menjadi lebih baik ketika hati berhenti mengeluh. InsyAllah
Makbul tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.
10 Comments
Awak ;(
ReplyDeleteye awak.. :(
DeleteSemoga ummi zarra tabah... Matahari pasti akan muncul kembali
ReplyDeleteSebak pula hati ena ni baca.. semoga akk kuat ye.. Lebiu kak
ReplyDeletezarra mmg anak yg bijak..terus kuat yunk..insyaAllah segalanya akan dpermudahkan..
ReplyDeleteSmg dipermudahkan semuanya utk awak dan anak
ReplyDeleteZarra anak yang kuat dan bijak. Nora pun mesti macam tu kan. keep faith n stay strong!
ReplyDeletezati faham macam mane perasaan tu.. baca sambil bergenang air mata.. =(
ReplyDeleteHarap awak kuat. Insyaa Allah.. doa yang terbaik untuk anak anak kita.
Nanti jasmeen jumpe kakak zara ea.. lepas ni panggil auntiey nora =)
zati faham macam mane perasaan tu.. baca sambil bergenang air mata.. =(
ReplyDeleteHarap awak kuat. Insyaa Allah.. doa yang terbaik untuk anak anak kita.
Nanti jasmeen jumpe kakak zara ea.. lepas ni panggil auntiey nora =)
semoga dipermudahkan urusan.Ujian Allah utk orang2 yang kuat .:)
ReplyDeletesenyum selalu
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿