Salam sayang...
|
Sumber dari google |
Sedia kita ketahui bikabonat soda selalu di gunakan sebagai salah satu bahan untuk memasak ataupun bahan membuat kek. Haaa itu yang nora tahu selama ini. Then boleh juga digunakan untuk bersihkan daki-daki pada sinki, pada bahagian dapur. Seriu dulu nora tahu itu sahaja penggunaan bikarbonat soda.
But now ia tidak lagi.. Hehehehe..
|
Muka tidak bermaya, kusam & berjerawat |
Ok macam ni, untuk pengetahuan korang, bulan Ramadhan yang lalu nora menghadapi masalah kulit. Teruk yang amat, masa ni resdung tak usah nak kata. Jerawat pula tumbuh bagaikan tak mahu berhenti. Tapi jerawat tumbuh di bahagian dagu.... Mujur pakai tudung tau so orang tak nampak. But bab muka kusam, naik jerawat pasir tu tak leh nak kata, sampaikan jeragat dah start timbul dan nampak. Ini murapakan FASA yang sangat menakutkan bagi nora. Nak raya weiii tak kan muka nak lagu tu kan. Hehehehe
|
Sabun pewitt yang nora guna lagi 5 hari nak raya |
Berusaha tanya kepada kawan-kawan cikgu yang di sekolah, ada yang suggestkan guna sabun pewitt. Hokeh nora try beli.. gigih tau masa ni sebab nak raya punya pasal. Sebelum tu nora try juga guna kulit kayu manis + yougart tapi muka nora tak boleh tahan dengan kulit kayu manis. Lepas sapu kulit kayu manis tu muka jadi gatal-gatal. Terus naik rasher. OMG cuak gila masa tu. Bukan rasher je malah bintat-bintat macam kena gigit nyamuk.
|
Produk yang nora guna untuk raya hari tu. Sumber mr.google |
Dengan bantuan mr.google nora dapat solution untuk membantu nora dalam hadapi masalah kulit. Ok 1st step nora nekad minggu saat-saat akhir puasa tu nora hari-hari sental muka dengan bikarbonat soda + perahan lemon. Buat macam bedak sejuk. Biar kering then nora terus cuci. Fresh weiii rasa masa tu, kulit muka pun rasa lembut je. Haishhh hati hakak girang hokeh... Gigih buat setiap hari even masa tu badan letih yang amat.
|
Lemon sangat membantu dalam proses merawat wajah |
Ok jom nora share manfaat bikarbonat soda hasil carian di google :
|
Bikarbonat soda + perahan lemon |
Baking soda selalunya di gunakan untuk tujuan masakan atau membakar kek/kuih. Namun Bikarbonat soda juga boleh digunakan untuk merawat wajah yang berjerawat. Biasanya digunakan untuk membersih muka, menyegarkan muka juga membantu memutihkan kulit wajah.
1. Mengatasi masalah jerawat & agen pencerah wajah
Sesiapapun pasti runsing apabila jerawat berada di muka. Terutama mereka yang mempunyai kulit berminya seperti nora. Ok dengan adanya bikarbonat soda ia sangat membantu untuk mengecutkan jerawat atau membersihkan jerawat halus. Caranya hanya mengambil sesudu bikarbonat soda yang di campurkan bersama perahan lemon ataupun air kemudia di sapu pada wajah seperti bedak sejuk. Biarkan kering selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejuk. Pasti muka korang akan berasa licin dan lembut. Apa tidaknya, cara ini membantu menanggalkan debu kotoran dan dapat menutup pori-pori yang terbuka.
|
Selepas mencuci kulit rasa halus |
2. Menghilangkan bekas jerawat
Caranya sama sahaja, nora menggunakan sesudu bikarbonat soda bersama perahan lemon / air. Tetapi bancuhan cair sedikit dan sapu pada wajah sehingga kering. Cara ini boleh dilakukan setiap hari sehingga bekas jerawat hilang.
3. Sebagai rawatan pencegahan jerawat
Cara ni baru beberapa kali nora amalkan. Kulit sangat sensitif jadinya tidak semua pencuci muka nora boleh guna. sejak menggunakan pencuci muka pewitt dan sabun dari Nour Ain ia sangat membantu. Selain itu sesekali nora gunakan juga bikarbonat soda dicampurkan bersama bahan pembersih muka kemudian di adun menjadi krim. Sapu pada wajah sambil urut-urut muka. Seriusly memang sangat fresh selepas tu.
Untuk pengetahuan korang juga, bokarbonat soda juga merupakan bahan pencuci karat atau kotoran pada sinki, dapur masak dan sebagainya, nora selalu guna pada tandas sebab cepat giler hilang kotoran.
|
Haaa ni muka gedik selepas mengamalkan petua yang nora share ni. |
|
No make up. Hanya bedak compact Myami & Lipstik Mate Silky Girl (abaikan gaya macam mokcik2) |
Dinasihatkan juga, kepada mereka yang ingin mencuba cara ini gunakan sedikit dahulu bikarbonat soda bersama air. sapu pada wajah dan sekiranya di dapati berasa panas, segera mencuci muka. Ini bermakna bikarbonat soda tidak sesuai untuk muka korang.
|
Next sharing Oat + Madu |
"Nora akan share lagi petua-petua lain untuk rawatan wajah
dengan menggunakan bahan semulajadi"
2 Comments
wah nmpk bezanya
ReplyDeleteHa'a dear... Kulit muka jadi halus lembut jerk. Kalau tidak kulit ni kasar tak licin mcam sekarang. Walhal sebelum ni macam-macam produk dah guna.
Delete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿