Churros?
Apa tu? 

Last year churros ni mula famos di Malaysia, tapi nora panggil kuih chakoi versi moden. Sebabnya di salut dengan coklat. Mula-mula nora rasa memang macam chakoi beza filling coklat. Hehehehe..

Ok, bila dah makin popular mulalah cuba hadam dengan churros ni. Lagi-lagi bila churros ni kecoh dalam drama Running Man iaitu drama show korea. Waaa masa tonton tu rasa best je kalau dapat pergi makan dekat Street Churros.


Churros Crispy Cinnamon, Cheese, chocolate with topping Cheese, Choco, Strawberry & Blueberry

So, baru-baru ini nora ke IOI City Mall, Putrajaya untuk merasai Churros resepi dari Korea yang pertama di Malaysia iaitu Street Churros. Biasanya orang Malaysia makan churros waktu minum petang bersama keluarga dan kawan-kawan atau boleh dijadikan sebagai kudap-kudapan. Ini merupakan oulet pertama Street Churros di buka di Malaysia dan akan ada lagi beberapa outlet akan di buka salah satunya di buka di One Utama, Bandar Utama dan lima lagi outlet di Klang Valley pada hujung tahun ini.

Churros yang sedang digoreng


Churros ni sedap makan time panas-panas baru rasa nikmat sebab lembut dan gebu. Di Street Churros ni kalau nak tau style simple je, korang order baru churros dibuat dan di goreng, siap sahaja korang boleh makan. Senang bukan? Paling penting ia tidak mengambil masa yang lama.


Original Churros

Di Street Churros menyediakan churros original berbentuk horseshoe yang didatangkan dengan rasa crispy di luar lembut di dalam. Haa gituhhh. Terdapat tiga jenis churros yang mempunyai perasa dan variasi yang berbeza iaitu Cinnamon, Cheese dan Chocolate. Harga hanya RM4.90 sahaja, dan bagi nora ia dikira murah. Nora paling suka Churros Crispy Cheese, sebabnya nora membayangkan makan sotong raja crispy. Apa pun rasa cheese pada churros sangat sedap.

Churros Crispy Cheese

Filling-Chu

Churros Filling-Chu ni ada filling di dalamnya iaitu chocolate, cream cheese dan blueberry. Pada hari nora datang ke kafe street churros ni, filling-chu yang ada hanya cream cheese. Serius sedap, lembut dan bila masuk mulut terasa nikmat dengan cream cheese yang sedap. Harga hanya RM7.90 sahaja.



AH-Chu

Haaaa yang ni pula churros yang di makan bersama ice cream. Boleh bayangkan tak, churros yang crispy panas-panas di makan dengan vanila ice cream yang mempunyai pilihan topping Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Harga reasonable hanya RM7.90 yang plain dan RM8.90 yang ada topping. Murah je tau.  Nikmat tak terkata sampai menjilat jari.




Ada makanan mesti ada air kan? Itulah di namakan konsep kafe, so sama juga dengan Street Churros mempunya beberapa pilihan air iaitu Choco Latte, Green Tea Latte, dan Milk Tea Latte bagi peminat Tea dan Coffee manakala yang gemarkan air jus/fresh boleh cuba Fresh Lemonade dan Passion Fruit.

Caramel Macchiato
Bersama Blogger Uncle Zuan

Pilihan nora pada hari itu adalah air Caramel Macchiato dan Banana Milk. Sedap, sedap sangat cuma Banan Milk dia nora rasa ada pahit-pahit sedikit. Maybe tekak ni something wrong time ni kot tu rasa pelik. Hehehehe..

Bersama Rakan Blogger Yang Hadir
Korang boleh datang ke first oulet Steet Churros ni seperti alamat di bawah:

STREET CHURROS
LG-66A, Lower Ground Floor
IOI City Mall, Putrajaya






4 Comments

  1. tak pernah lagi merasa churros nie..
    mampu tgk gambo je lar,
    makan dengan asikrim tu cam sodap plak

    ReplyDelete
  2. dlu 1st time mkn churros ms holiday korea, ms tu blum femes kt msia...tp pernh mkn tmpt lain xsesedap yg korea...yg street churros ni sedap mmg yg mcm korea sbb kafe ni pn asal dr korea...cpt la buka cawangan kl dkt skit nk terjah lg kn hehe

    ReplyDelete
  3. huwaaaaaaaaaaaa....payahnya nak makan churros ni...kemapa la ada kat IOI je...bukak la tempat lain cepat!

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿