Ikan Masak Kicap Mak Siti Pembuka Selera
Salam hujung minggu kawan-kawan. Korang ke mana cuti hujung minggu? Mesti seronok beriadah bersama keluarga kan...
Hujung minggu nora hanya bersantai di rumah. Pagi tadi sahaja keluar ada urusan di Bukit Kemuning. Tengah hari tadi malas nak masak. Badan rasa sakit-sakit macam nak demam. Tekak tak lalu nak makan.
Bila dah petang tak tahu nak masak apa, nak makan apa. Belek-belek bahan yang ada di dapur dan dalam peti ais, terus tekak ni rasa nak makan ikan masak kicap. My favourite, sama juga dengan zarra. Dia suka sangat-sangat kalau nora masak ikan kicap.
So decide dinner malam ni nora masak ikan kicap Mak Siti. Ini pertama kali nora menggunakan Rempah Mak Siti Masak Kicap Ikan. Selalu nora masak kicap main campak-campak saja.
Jom usya bahan bersama nora.
Bahan-bahan Masak Kicap Ikan:
Ikan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili Padi
Kayu Manis
Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti
Kicap Pekat / Lemak
Sos tiram
Tomato
Perasa
Air
Cara-cara Masak Kicap Ikan :
Nora menggunakan ikan kembung, sebab ikan ni paling nora suka. Goreng ikan terlebih dahulu. Nora menggunakan serbuk kunyit Mak Siti sebab kuning dan rasa kunyit tak terlalu peda.
Kemudian nora tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau kemudian nora masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak. Kacau sebati.
Rempah Kicap Mak Siti nora bancuh dengan air kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan tadi. Masukkan sedikit air dan masukkan perasa. Akhir sekali nora masukkan ikan yang telah digoreng dan tomato yang telah dipotong.
Hasilnya... Makan sorang-sorang rawat hati yang tersiat.. (eceh ceh ceh ceh) |
Haaaa lepas ni suri rumah yang berkerja terutamanya bolehlah menggunakan Rempah Mak Siti sebabnya ia sangat mudah tak perlu nak blend macam-macam bahan. So, macam nora duduk rumah seorang, jarang sangat nora makan di luar sebab nora lebih suka masak sendiri. Haaaa cuba tengok 2 ekor sahaja kan. Cukup untuk malam dan esok. Heheheh jimat kan. Yang single mingle tu gunalah rempah Mak SIti ni sebab ia mudah cepat dan sedap di makan.
Boleh cari Rempah Mak Siti di pasaraya terdekat, kedai runcit berhampiran seperti Tesco, Aeon Big, Hero, Aeon Jusco, CS Brother dan banyak lagi.
Juga boleh layari laman-laman seperti berikut untuk membeli secara online.
Facebook: www.facebook.com/rempahratusmaksiti
Instagram : @restoranrempahkarimaksiti
Website : www.maksiti.com
Ceritera kehidupan aku, memang aku yang harus selalu rela. Datang dan pergi hanya fitrah percuma dalam ceritera kehidupan manusia. Sederhananya, bahagia aku tetap ada pada kamu. Tapi, seandainya kamu menuju arah yang bukan aku, begitulah bahagia aku akan mula menjauh
2 Comments
Wahhh, mcm nak kene try jugaq ni.. Terliur tengok
ReplyDeleteTrylah dear. mmg sedap. senang je ada rempah mak siti ni. cukup rasa dah.
Delete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿