Kisah Seram | Misteri Asrama Berhantu
Gambar Hiasan |
Ini pertama kali nora membuat cerita seram. Suka dengar, suka tonton cerita seram tapi nora merupakan seorang yang penakut. Kalau tonton cerita seram pasti nora akan tutup mata dan telinga. Hehehe jangan gelakkan tau, tapi tetap nak tengok juga cerita seram, cerita hantu ni. Apa pun nora bukanlah langsung tidak percaya akan cerita-cerita sebegini, sebaliknya kewujudan makhlus halus itu tetap ada cuma ia berbeza cara kita menerimanya. Ok jom baca perkongsian cerita seram di asrama. Cerita ini kisah benar tetapi diubah nama dan watak.
Cerita ini berlaku sekitar tahun 2002 di mana saat ini Suraya menjejakkan kaki pertama kali ke sekolah berasrama. Suraya mendapat tawaran sambung belajar ke Tingkatan Enam di sebuah sekolah di sekitar Seremban, Negeri Sembilan.
Semasa sesi pendaftaran kelihatan ramai rakan-rakan sebaya Suraya yang mendaftar dan di tempatkan di asrama yang sama. Oleh disebabkan terlalu ramai pengambilan pelajar, satu bilik khas dibuka untuk menempatkan pelajar-pelajar baru.
Bermulalah sesi orientasi di sekolah dan di asrama.
Bilik khas dibuka yang di namakan Dorm oleh pelajar-pelajar asrama di tempatkan di blok bangunan berasingan dengan pelajar-pelajar lama. Ini kerana kemasukan pelajar yang ramai pada tahun itu memaksa pihak pengurusan membuka bilik khas yang telah lama ditinggalkan tidak berpenghuni. Suraya dan raka-rakan yang lain seramai lebih kurang 15 orang di tempatkan di dorm baru itu.
Seperti biasa, bila pelajar baru memasuki asrama akan mengikuti minggu orientasi iaitu minggu suai kenal dan pengetahun tentang syarat dan peraturan di asrama. Sepanjang minggu awal persekolahan bermulalah cerita seram yang menghantui pelajar-pelajar baru di Asrama Puteri, Seremban (ASPURI).
Suraya mempunyai seorang rakan yang sangat cantik yang baru dikenali di asrama. Rakan baru Suraya bernama Atikah dan mereka berdua menjadi rakan baik. Di dalam dorm mereka sangat rapat bersama-sama rakan yang lain. Ichah, Rynn, Akma, Imani, Ayuni dan beberapa rakan yang lain mula mengemas bilik tersebut dan masing-masing memilih katil yang diingini.
Atikah seorang yang cantik juga mempunyai suara yang lunak. Atikah suka menyanyi tidak kira di mana sahaja terutama ketika mandi. Suraya dan rakan yang lain suka mendengan suara Atikah dan sering meminta Atikah menyanyikan lagu buat mereka, terutama ketika tunggu giliran untuk mandi. Maklumlah, kehidupan di asrama hendak mandi, makan dan banyak lagi semuanya perlu menunggu giliran. Untuk blok baru yang diduduki oleh Suraya dan rakan-rakan, bilik air untuk mereka berada di sebelah dorm dan ini sangat memudahkan mereka serta ia tidak bercampur dengan pelajar yang lain kerana blok ini terasing dari blok lain.
Gambar Hiasan |
******
Pada suatu hari, dalam keseronokan berkenalan dengan rakan-rakan sehingga lewat malam walaupun ketika itu waktu untuk tidur dan lampu-lampu bilik juga sudah di padam namun Suraya dan rakan-rakannya masih tidak tidur dan galak berborak. Pada malam itu, tidak ramai pelajar yang ada kerana ada beberapa rakan yang lain pulang ke kampung termasuk Atikah dan Imani. Dalam sayup-sayup sunyi mereka leka berborak tiba-tiba mereka terdengar orang berjalan. Masing-masing ambil tindakan dengan membatukan diri kerana mereka sangkakan warden lalu untuk membuat tinjaun.
Bila keadaan menjadi tenang dan sunyi, Suraya dan rakan-rakan kembali berborak kerana pada keesokan hari merupakan hari cuti. Namun, tiba-tiba mereka dikejutkan pula dengan bunyi pancutan air seolah-olah ada orang sedang mandi. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
Suraya : Ehhhh siapa pula yang mandi dah lewat malam begini? Korang ada perasan ke siapa yang keluar tadi?
Akma : Ntah, aku tak perasan. Kitakan tengah berborak tadi.
Suraya : Itulah, siapa pula yang keluar dan pergi mandi.
Ayuni : Sekejap aku semak katil siapa yang mandi lewat malam ni.
Suraya : Mak aku kata, tak baik mandi lewat malam nak-nak keadaan sunyi. Ngeeee takut pula aku dibuatnya.
Ayuni : Babe, semua orang ada tidur. 4 katil sahaja yang kosong sebab mereka balik ke kampung.
Ketika itu, semua yang berada di dalam dorm bangkit dan berkumpul di tengah-tengah lorong antara katil.
Rynn : Weiii bukan ke, Atikah selalu mandi lewat malam? Zarina pun sama. Tapi Atikah balik kampung Zarina pula ada bersama kita.
Semua orang yang ada di dalam dorm duduk berhimpit-himpit kerana takut. Bunyi pancutan air semakin deras seperti orang sedang mandi dan tiba-tiba kesunyian itu di pecahkan dengan suara orang menyanyi.
Suraya : Ehhh itukan suara Atikah menyanyi. Atikah selalu nyanyi lagu tu ketika mandi kan. Tapi.... bukan ke Atikah balik ke kampung?
Semua berpandangan satu sama lain. Suara orang menyanyi yang menyerupai suara Atikah makin kedengaran. Memang saling tidak tumpah seperti Atikah menyanyi ketika mandi, suara yang sangat merdu dan mendayu-dayu.. Tiba-tiba Ayuni bangun dan melaung Allahuakbar seolah-olah orang sedang melaungkan azan. Masing-masing segera mencapai Yasin yang berada di bawah bantal masing-masing.
Lama-lama suara nyanyian yang merdu dan mendayu-dayu itu hilang berlalu pergi dan tiada lagi pancutan air dari shower. Mereka yang berada di dalam dorm terus membaca surah yasin dan mengambil langkah untuk terus ke katil masing-masing tidur. Suraya juga kembali ke katilnya untuk tidur. Katil double dacker yang dihuni oleh Suraya dan Atikah di mana Suraya tidur di bawah manakala Atikah tidur di atas.
Namun, bila masing-masing sudah berada di katil masing-masing, mereka sekali lagi dikejutkan apabila Suraya menjerit secara tiba-tiba.
Ayuni : Kenapa kau jerit Suraya?
Ayuni yang berada di katil msebelah Suraya bertanya.
Suraya : Katil aku bergegarlah weiii... Terkejutlah aku. Macam ada orang goyangkan je.
Ayuni : Alaaaa perasaan kau saja tu. Dah pergi tidur.
Suraya : Ye lah, aku tidur dulu.
******
Dalam pada itu Suraya masih terkebil-kebil memandang atas dan tiba-tiba dia terkejut bila terlihat selimut atikah terjuntai di bibir katil. Suraya berasa pelik, sedangkan Atikah pulang ke kampung siapa pula yang berada di katil atas iaitu katil Atikah. Suraya cuba mengalihkan pandangannya dengan mengiring ke arah Ayuni. Ketika itu, Ayuni sudah lena dibuai mimpi barangkali. Dalam pada Suraya ingin melelapkan matanya tiba-tiba dia ternampak rambut terjurai dari katil atas seperti rambut Atikah. Hati Suraya berombak turun naik dan lantas membaca segala surah yang dia ingat terus menarik selimut menyelubungi badannya. Dalam masa yang sama Suraya berasa katilnya bergoyang seperti orang berada di katil atas. Suraya berusaha untuk melelapkan mata dan membaca ayat qursy sepanjang masa dan terus terlana.
Pada keesokan harinya, Suraya demam panas dan terkejut bila mendengar cerita dari Suraya. Ayuni membawa Suraya berjumpa dengan warden Asrama iaitu Puan Jamilah untuk mendapatkan rawatan. Tiba di rumah warden, Ayuni dan Suraya masuk untuk mendapatkan rawatan dan Ayuni terus membuka cerita kepada Puan Jamilah apa yang terjadi pada malam tadi.
******
Puan Jamila memberi tahu bahawa ASPURI merupakan tapak hospital lama dan telah berlaku beberapa kejadian yang tidak diingini. Memang tidak dinafikan ramai penghuni yang telah ternampak kelibat wanita, mendengar suara orang bernyanyi dan ternampak kelompok darah di salah satu dorm di blok atas. Asrama itu mempunyai kisah orang bunuh diri, namun kesahihannya tiada siapa tahu. Asrama Puteri ini berada di belakang Istana Hinggap, Seremban dan penghuninya terdiri daripada pelajar SMK Puteri, Seremban dan SMK King George V, Seremban. Puan Jamilah sempat berpesan supaya jangan terlalu galak sangat ketika waktu malam dan semua penghuni asrama perlu menjaga kebersihan terutamanya.
Selepas dari peristiwa itu, pelajar-pelajar lower six yang baru di tempatkan di dorm-dorm sedia ada dan bilik khas itu ditutup semula dan hanya menempatkan peralatan-peralatan sebagai tempat menyimpan barang. Selain itu, bilik itu akan dibuka sekiranya ada lawatan dari sekolah luar yang memerlukan penginapan. Manakala Atikah, tidak lagi bernyanyi ketika mandi dan tidak mandi lewat malam.
Akhir sekali, ASPURI tetap menjadi ingatan pada Suraya dan rakan-rakan.
*** TAMAT***
VOLKSWAGEN KUNING
Mesti korang tahu cerita berkenaan Volkswagen Kuning yang popular sekitar tahun 1956 dan nora masih ingat cerita tentang kereta Volkswagen Kuning ni yang sering menjadi bualan apabila melibatkan cerita seram ataupun kawasan-kawasan melibatkan kemalangan. Cerita Volkswagen Kuning memang legend punya cerita.
Cerita Volkswagen Kuning ini akan kembali menghantui dunia perfileman negara kerana akan ditayangkan di seluruh pawagam-pawagam mulai 22 SEPTEMBER 2016 dengan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim dan Atiqah Suhaimie serta ramai lagi. Filem ini merupakan adaptasi cerita seram yang masih misteri.
SINOPSIS VOLKSWAGEN KUNING
Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang iaitu Fuad dan Sarah yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas waktu senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Valkswagen Kuning.
Fuad ditahan di wad, mnakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Radhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke Bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya.
Mesti korang tidak sabar untuk menonton filem seram dari MIG Pictures Sdn Bhd arahan Shadan Hashim di pawagam secara beramai-ramai bersama rakan-rakan. Teruja rasa nak pergi tonton sebab nak tahu sama ada betul-betul seram atau pun tidak seperti cakap mulut dari orang ramai tentang kisah Volkswagen Kuning.
Selain dari itu, korang juga boleh sertai Contest anjuran Bro Framestone bersama MIG Pictures Sdn dengan click di bawah ini.
Selain dari itu, korang juga boleh sertai Contest anjuran Bro Framestone bersama MIG Pictures Sdn dengan click di bawah ini.
>>>>>>>CONTEST VOLKSWAGEN KUNING<<<<<<<
4 Comments
mujurlah dia tak memunculkan diri :D
ReplyDeleteHahahha kannn kalau lah dia munculkan diri, apa akan jadi gaknye. heheehe
DeleteHaishhhh nampak rambut pun boleh pengsan terus la kalau kita. Takut okey.
ReplyDeletePerghhhh..diberi jgk kekuatan utk bace abis..hihi..serammm..kes katil goyang mmg slalu jd kt hostel..tp kes rambut terjuntai tu seram..
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿