Rizq Islamic School (RIS) : Tahfiz Bertaraf Antarabangsa yang Pertama di Asean
Salam sayang,
Bangunan Wisma Rizq iaitu Rizq Islamic School |
Namun, apa yang nora fikirkan dan bayangkan itu jauh meleset. Sampai saja di Sg. Ramal, Kajang tempat yang dituju sangkaan nora itu sama sekali salah sebab hakikatnya Sekolah Tahfiz yang nora pergi itu tersergam dengan gah dan indah. Tidak sangka, di kawasan ini mempunyai Sekolah Tahfiz yang memiliki bangunan sendiri atas nama Wisma Rizq yang diuruskan oleh Rizq Educare Sdn. Bhd.
Sesi bual bicara bersama mereka yang sama-sama menguruskan RIS |
Apa yang nora lihat, Rizq Islamic School sangat berbeza dengan sekolah-sekolah tahfiz yang sedia beroperasi di Malaysia. Rizq Islamic School telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) pada bulan Julai yang lalu ini di asaskan oleh anak muda melayu iaitu En. Abdullah Firdaus bin Abd Jalil (29 tahun) bersama 3 orang yang lain. Nora kagum dengan beliau kerana mempunyai pandangan yang jauh dalam memartabatkan sekolah tahfiz setanding sekolah swasta yang bertaraf antarabangsa.
Lower Grad Class |
Upper Grad Class |
Rizq Islamic School, memperkenalkan kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan menyediakan fasiliti bertaraf lima bintang. Keunikan sistem pembelajaran yang diterapkan di sini adalah menggunakan teknik pembelajaran yang diamalkan di negara 'Findland dan Jepun' yang menggunakan konsep "play based learning", menjadikan Rizq Islamic School sebagai Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara ASEAN.
Student Lounge |
Sistem pembelajaran yang diketengahkan di sini dengan menggunakan kaedah yang berbeza dari sekolah tahfiz sedia ada, yang mana di sini akan menjadikan kanak-kanak berasa seronok untuk datang ke sekolah. Sistem sebegini telah diterapkan di negara Findland yang telah ternyata keberkesanannya dan dengan itu Sekolah Rendah Islam Rizq mengaplikasikan sistem pembelajaran yang berbeza ini dalam melahirkan seorang Hafiz Quraan yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Selain itu juga, penerapan Ilmu Falak dan Astronomi Islam serta Robotik turut diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum selain aktiviti yang telah ditetapkan oleh MOE iaitu KSSR, UPPK dan KSRA. Namun pembelajaran KSSR di sini adalah dalam bahasa inggeris kerana ia menjadi bahasa perantaraan dan Rizq Islamic School didaftarkan sebagai pusat peperiksaan yang mana ia berbeza dari sekolah tahfiz sedia ada. Ini bermakna di sini boleh menjalankan peperiksaan besar seperti Peperiksaan UPSR.
Study Area |
Art Room |
- Hafaz Al-Quran
- Tajwid
- Tafsir Al-Quran
- Adab Hamalatul Quran
Selain daripada itu, Modul Islam di bawah KSSR iaitu:
- Tauhid
- Feqah
- Akhlak
- Sirah
- Khat & Imla'
Library |
Locker Murid |
Padang Rumput yang bertaraf FIFA. Bukan rumput biasa okeh |
Ermmm, nora kagum dengan kesungguhan anak muda untuk memartabatkan pengajian Tahfiz setanding pengajian antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Wesite : http://rizq.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/rizqschool
Instagram : @http://rizqislamicschool/
Twitter : https://twitter.com/RIS_School
Rizq Islamic School beralamat di :
Wisma RIZQ
Lot.1456-2 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-89120447
Whatsapp : 018-9611615
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Wesite : http://rizq.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/rizqschool
Instagram : @http://rizqislamicschool/
Twitter : https://twitter.com/RIS_School
Auditorium |
Dewan |
Rizq Islamic School beralamat di :
Wisma RIZQ
Lot.1456-2 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-89120447
Whatsapp : 018-9611615
Terima kasih kepada Halim #HaiBlogger kerana undangan untuk menyertai even ini.
Gambar-gambar kebanyakkannya dari rakan blogger yang hadir :
7 Comments
Cantik sangattt tahfiz ni. Serius, nampak sangat selesa. wahhh!
ReplyDeleteYupsss sangat selesa... Kagum.. Andai akk byk duit memang nak je hantar ank ke sni..
Deletetu dia.
ReplyDeletelagi best kalau ada gambar dengan murid-muridnya.
Terima kasih abg titan sudi singgah dan komen.
DeleteMmg best kalau nampak ada murid, masalahnya sekolah ni akan beroperasi 2017 nanti.
Suka tgk design sekolah tahfiz ni.. student pun mesti semngt nk stdy.. da beroperasi ke ni?
ReplyDeleteTerbaik sekolah international tahfiz ni... Zaman dah maju... Dlu skolah tahfiz je mesti igt skolah pondok ! Now dah ada bangunan sekolah sendiri....
ReplyDeleteAwas, Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page Rizq.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿