Perlukah Tindik Telinga Pada Anak Perempuan?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Salam sayang,
Apa yang difikirkan tentang tindik? Selalunya masyarakat melayu akan mula menindikkan anak perempuan mereka seusia bayi, ada pula seumur 4-6 tahun, juga ada yang bermula ke peringkat lebih dewasa.
Apa yang difikirkan tentang tindik? Selalunya masyarakat melayu akan mula menindikkan anak perempuan mereka seusia bayi, ada pula seumur 4-6 tahun, juga ada yang bermula ke peringkat lebih dewasa.
Bagi nora, bertindik ni bergantung kepada individu mahupun keluarga itu sendiri. Nora mula bertindik ketika umur 7-8 tahun tetapi bila tiba anak sendiri seawal umur 4 tahun 9 bulan dia nak bertindik.
Sebenarnya, nora takut nak mendengar anak kecil menangis ketika bertindik. Ye lah sudah tentu rasa sakit kan, nora sendiri tidak ingat apa rasanya bertindik. Rasa macam kejam sangat bila selesai bertindik anak seusia 2-3 tahun menangis kata tak nak. Kenapa sebagai orang tua perlu memaksa hanya semata ingin melihat anak cantik.
Pada suatu hari, tujuan nora dan zarra ke Tesco hanya untuk membeli barang basah dan beberapa keperluan, sebelum itu singgah dulu ke sebuah kedai untuk membeli scarf rambut zarra. Semasa memilih scarf ada seorang kanak-kanak berumur lingkungan 3 tahun sedang menangis meronta-ronta.
Pada suatu hari, tujuan nora dan zarra ke Tesco hanya untuk membeli barang basah dan beberapa keperluan, sebelum itu singgah dulu ke sebuah kedai untuk membeli scarf rambut zarra. Semasa memilih scarf ada seorang kanak-kanak berumur lingkungan 3 tahun sedang menangis meronta-ronta.
" Sakit... Sakit... Sakit... Tak Nak Tak Nak Tak Nak..."
Nora yang berdebar-debar dikejutkan dengan suara zarra "ummi, zarra nak tindik macam kakak Qalesya (sepupu zarra). Banyak kali nora tanya zarra, betul ke nak tindik dan zarra angguk sahaja. Nora terangkan bila tindik ada rasa sakit macam kena gigit semut api, adik tahan ke tidak... Dia angguk kata tahan, zarra nak cantik... aken kata boleh tindik. nada suara punya slow macam yakin tak yakin... So sebagai seorang ibu nora cuba tunaikan permintaan dia dan yakinkan dia...
Bila sales girl tunjukkan anting-anting untuk zarra pilih, 1st pilihan dia mesti yang berkaitan warna pink. OMG... tak habis-habis warna pink, walhal ummi dia berkenan simple bentuk star. Tapi kehendak anak dara maka sebagai ibu tunaikan je lah.
Nora pangku zarra, peluk tubuh dia dan pegang dada dia... Berdoa zarra kuat dan tidak menangis... Masalahnya anak relax tapi nora yang berdebar-debar takut... Bila kedua-dua sales girl dah mengambil tempat dan bersedia untuk memulakan operasi menindik telinga zarra, cepat-cepat nora selawat sambil urut dada zarra... 1.. 2... 3... tapppp... ALhamdulillah selesai...
Bila tanya zarra sakit ke tidak dan zarra jawab tak sakit. Tiba-tiba sales girl bagi tahu zarra kena pantang makan telur dan seafood. Muka si zarra mencuka monyok je bila tak boleh makan telur. Walhal tujuan asal ke Tesco nak beli ketam dan udang, bila tak boleh makan terus pujuk zarra janji makan selepas baik. Bukan apa, ini semua bagi mngelakkan dari ia bernanah.
Perlukah anak perempuan bertindik?
Bagi nora ia terpulang pada individu, ibu or anak itu sendiri.
Zarra dah bertindik, kawan-kawan yang lain dah ke belum???
“ Hati aku, hanya Allah yang boleh memahami walaupun tak terungkap dengan bait kata. Aku masih dan tetap akan terus merintih pada DIA kerana aku tahu aku masih berada di dalam lautan kekurangan.”
7 Comments
Masa tadika dulu anak saya nak bertindik ... Bila dah masuk sekolah rendah, gie sekolah pun pakai tudung ... So, macam agak mengganggu bg dia lah ... Terus x pakai subang & lubang pun tertutup dah ...
ReplyDeleteTulah, sampai sekarang anak saya pun masih trasa sakit. Kena belikan anting-anting yang mcm lidi bagi mengelakkan lubang tertutup.
DeleteJasmeen bertindik tahun ni jugak.. buat kat klinik.. puas suruh jasmeen berzikir sekali.. hihi.. meraung sekejap.. pastu elok je main.. huhu
ReplyDeleteWaaaa jasmeen pun dh tindik ye... Sweet cm tu... Ye lah ni buat pn sbb zarra sndiri yang nak. heheheh ikotkn ummi dia bia je dulu. kesian takut sakit..
DeleteKalau gegurl tindik la baru cantik.. Nampak ayuu gittew :)
ReplyDeleteteringat masa tindikkan dania dulu..akak bagi duit je kat mak akak pas tu akak lari..akak tak berani..takut...pas tu dengar suara dia meraung...hahahahaha....
ReplyDeleteteringat masa tindikkan dania dulu..akak bagi duit je kat mak akak pas tu akak lari..akak tak berani..takut...pas tu dengar suara dia meraung...hahahahaha....
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿