Setiap wanita lazimnya pasti ingin miliki beg dari koleksi selebriti pujaan mereka. Bagaimana untuk mereka miliki dan menggayakan beg style ala-ala artis ini tanpa perlu merasa malu sekiranya ada yang mengatakan beg tersebut merupakan bag palsu? 

Beg Givenchy Antigona


Sering dilihat selebriti seperti Olivia Palermo, Miranda Kerr dan Chrissy Teigen hanya menggayakan beberapa koleksi beg Givenchy Antigona yang boleh dikategorikan sebagai gaya beg ikonik. Untuk pencinta beg, The TCWK fesyen beg tangan seperti yang dilihat di atas adalah salah satu daripada koleksi yang akhirnya boleh di beli.

Beg YSL Classic Large Monogram


Beberapa orang selebriti sering dilihat membawa koleksi beg YSL termasuk Gigi Hadid, Kendall Jenner dan Chiara Feragni dengan pelbagai gaya dan bentuk yang menarik. Sedia maklum, beg YSL sentiasa mempunyai lambang tandatangan YSL, rantai atau apa yang termaktub ke dalam reka bentuk beg ini. Oleh itu, handbag FRENZ Quilted yang tidak jauh beza dengan beg YSL hanya menukar tali silang seperti yang digambarkan di atas masih boleh dimiliki.

Beg Gucci Soho Disco


Pilihan pertama selebriti untuk beg yang mudah dibawa, bergaya dan menarik adalah beg berjenama seperti beg Gucci Soho Disco yang mempunyai design pelbagai bentuk dan saiz yang menarik. Beberapa selebriti yang menggayakan koleksi beg Gucci Soho Disco seperti Amy Adams, Emma Roberts dan juga Rihanna. Namun, anda boleh miliki beg berjenama dan gaya seperti beg Gucci Soho Disco sendiri iaitu  Velvet Tassel Vanity Bag sebagai koleksi seperti berada bersebelahan dengan pereka Gucci.

Beg Chanel 2.55


Chanel 2.55 sering dipakai oleh selebriti dan supermodel seperti Bella Hadid, Katherine McPhee dan Miley Cyrus kerana beg Chanel 2.55 kelihatan klasik dengan harga yang mahal. Namun di Zalora anda masih boleh miliki beg yang berkualiti yang digayakan oleh selebrti seperti beg Chain LOVENGIFTS Vintage Quilt.

Beg Hermes Birkin


Semua orang mempunyai impian untuk miliki beg gaya selebriti. Oleh kerana beg ini mempunyai kegilaan yang tersendiri dan mempunyai senarai menunggu dalam talian untuk beg yang satu ini. Bertuah untuk anda kerana banyak women’s bags online menawarkan beg yang cantik dan berkualiti seperti beg Hermes Birkin iaitu Perllini & Mel Satchel Top Handle Bag yang digayakan oleh selebriti Kim Kardashian.


Oleh itu, bagi mereka yang menggemari beg gaya selebriti boleh milikinya dalam talian hari ini!

0 Comments