بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam kesayangan...

PRELOVED iaitu barangan terpakai atau lebih dikenali dengan BUNDLE oleh rakyat Malaysia mula menjadi koleksi untuk digayakan. Istilah Bundle yang sering digunakan oleh masyarakat masih di takok lama di mana bundle dikategorikan sebagai barangan terpakai terbuang dengan tawaran harga murah. Namun, sejak akhir-akhir ini, barangan bundle menjadi trend anak muda untuk milikinya dan banyak butik-butik bundle telah di buka bagi memudahkan orang ramai untuk miliki pakaian dan barangan berjenama dan murah.


Soft-Launch Bandoru Store

Baru-baru ini nora berkesempatan untuk menghadiri satu majlis Pra Pelancaran butik preloved terbesar di Asia Tenggara iaitu Bandoru Store yang terletak di Batu 3, Shah Alam, Selangor. Pada 2 November 2016 yang lalu majlis yang dijalankan secara sederhana dan dihadiri daripada beberapa orang blogger dan rakan-rakan media lain adalah untuk memperkenalkan tentang butik preloved ini.
sesi penerangan daripada founder Bandoru Store

Bandoru Store sebuah butik yang menjual barangan  preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangannya dijamin sertajual dengan harga mampu milik untuk semua golongan.

Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari Jepun yang mana telah menjalani proses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store "Better Than new".
 
Outfit yang diperagakan oleh Blogger Halim
Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, kemeja, jeans, kasutb, sweater , bag tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki , wanita & kanak-kanak.
Oitfit yang diperagan oleh Blogger Iena            
Tidak ketinggalan , bagi penggemar atau peminat koleksi barangan 'rare & vintage' juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang mampu milik.

Baju ni ala-ala vintage kan? Look gojes si pemakai.
 
Pakaian kanak-kanak berjenama dan murah

Dari konsep butik, Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Grand Opening Bandoru Store Pada 5 dan 6 November 2016

Dijemput orang ramai untuk hadir semasa Majlis Pembukaan Bandoru Store pada 5 dan 6 November 2016 dan sempena pembukaan rasmi pelanggan boleh dapatkan tawaran terhad iaitu baucer diskaun sebanyak 20% dengan mengikuti cara-cara yang dimuat naik di laman sosial Facebook (Bandoru), Twitter (@bandorumalaysia) dan Instagram (@bandorumalaysia).

Paling seronok di Bandoru Store, walaupun barangan preloved namun ia menampilkan barangan berjenama antaranya Uniqlo, Zara, Canverse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton , H&M , Timberland, Dr Martens, Lecis, Edwin, Raplh Lauren, dan pelbagai jenama tempatan serta antarabangsa.

Nak bergaya ala-ala artis dan rasai pakaian berjenama, jom ramai-ramai terjah Bandoru store sempena pembukaan rasmi untuk dapatkan diskaun 20%. Selain daripada itu, contest masih berlangsung dan boleh click http://bit.ly/2e7AhFS untuk mendaftar dan memenangis Bag LV, Macbook dan iPad Air 2.

Perkhidmatan Shuttle Bus Percuma

Ada berita baik untuk mereka yang ingin ke Bandoru Store pada sabtu dan ahad ini kerana terdapat perkhidmatan bas shuttle di sediakan. Shuttle bus percuma dari KTM Batu 3 ke Bandoru Store. Dengan adanya perkhidmatan ini mudah bagi orang ramai terutama student-student yang berhampiran.


Apa yang boleh dapat di Bndoru Store? Jom usya di sini. WWW.BANDORU.COM

1 Comments

  1. menarik..siap ade shuttle lg..tgk nora update kt ig ngan fb mcm best je butik ni..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿