Salam kesayangan...

Baru-baru ini nora berkesempatan untuk menikmati hidangan barat restoran area Shah Alam... Shah Alam merupakan lubuk makanan ataupun kepelbagaian restoran yang menarik menyajikan pelbagai hidangan yang menarik.


Nora merupakan penggemar western food, dan di Besito's Survival merupakan restoran yang menyajikan hidangan Western Food dalam plate besar. Haaaaa bila kata plate besar mula fikir hancur lah diet. Bila datang ke Besito's Survival digalakkan datang secara berpasangan atau kumpulan, ini kerana hidangan yang disediakan di sini kebanyakkan bersaiz besar.


Besito's Survival mula beroperasi pada 18 Mei 2016. Penubuhan restoran ini pada idea asalnya adalah menghidangkan makanan Barat dan pelbagai hidangan sampingan sebagai memenuhi kehendak pasaran. Oleh yang demikian, Besito's Survival mengetengahkan variasi hidangan lain bagi melengkapi selera warga Asia dan dapat menikmati menu tersebut dalam saiz hidangan yang besar. Antara menu signature di Besito's Survival adalah daripada kepelbagaian daging grill seperti Supreme Grill dan Mix Grill.

Western Food Big Plate

Supreme Grill
Supreme Grill merupakan hidangan yang disajikan di dalam plat besar yang terdiri daripada aneka daging iaitu daging kambing, daging lembu, rusuk kambing dan kepak ayam yang dipanggang bersama brokoli dan kentang serta dihiasi dengan sos yang sangat sedap.

Bagi Nora Supreme Grill  di restoran ini memang super sedap dengan kelembutan dagingnya yang tidak terdapat di kebanyak restoran lain. Sos yang ada di dalam hidangan besar ini terdiri dari sos yang sedap campuran rasa pedas, manis, lemak berkrim. Kesemua hidangan tersebut dihidangkan dalam satu pinggan besar yang boleh dinikmati seramai tiga hingga enam orang, bergantung kepada selera makan individu.



Menu lain yang mesti korang cuba kalau datang ke restoran ini adalah Abalone Mee Raja, Chili Crab with Mantou Bun, Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan, Butter Milk Prawn, Garlic Butter Noodles Chicken Chop  dan banyak lagi yang boleh dinikmati.


Abalone Mee Raja

Abalone Mee Raja
Hidangan Abalone Mee Raja bersaiz besar dan sesuai di makan untuk dua orang atau secara couple kerana dapat memberi kepuasan dan kenikmatan selain dapat mengeratkan hubungan. Kesedapan yang boleh dirasai daripada hidangan ini adalah kepedasan yang datang diakhir-akhir bibir selain penuh dengan lambakan makanan seafood. Bagi nora hidangan ini mempunyai keuinikan dan kesedapan tersendiri. Ala-ala Chinese cook gituhh..

Chili Crab with Mantou Bun

Chili Crab with Mantou Bun
Haaaa menu ni paling nora suka. Sebab apa? Sebabnya Mantou Bun sinonim hanya di kedai cina mahupun kedai-kedai baba nyonya. Di Besito's Survival ada hidangan yang menarik iaitu Chili Crab dengan Mantou Bun yang mesti di makan secara bersama-sama. Kuah yang ada pada Chili Crab sangat sedap walaupun warna merah tapi ianya tidak pedas. Mantou Bun pula sangat lembut dan bila masuk mulut bersama kuah Chili Crab tak terkata apa kerana kenikmatan kelembutan gabungan kedua-duanya.

Chili Crab
Butter Milk Prawn

Butter Milk Prawn
Hidangan ini sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan makan pedas dan sesuai untuk anak-anak kecil. Butter Milk Prawn dimasak dengan menggunakan bahan yang segar seperti susu dan udang yang digunakan. Bagi nora hidangan ini mempunyai kenikmatan yang tersendiri.

Nasi Goreng Tom Yam Ayam Pandan

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan
Haaaaa nasi goreng tom yam mesti korang pernah makan dan mudah di dapati di kebanyakan restoran. Tetapi di Besito's Survival hidangan Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan mempunyai keunikannya kerana nasi goreng dihidangkan bersama ayam goreng yang mempunyai rasa pandan. Ayam pandan ni lembut tau dan selalunya nora tak berapa suka makanan yang ada pandan tetapi di sini tekak ni boleh pula masuk.. Haaaaa jangan lupa untuk mencuba ye korang.

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Garlic Butter Noodle Chicken Chop

Hidangan ini juga sesuai di makan untuk 2-3 orang kerana hidangan saiz besar. Selain dari nasi menu ini boleh kategori wajib untuk korang cuba. Nora suka mee yang digunakan sebab bukan guna mee kuning yang biasa tu okeh..

Okeh itu baru cerita berkenaan makanan yang menarik di Besito's Survival, sekarang nora nak cerita pula air yang terdapat di restoran ini. Air yang dihidangkan di sini semua menarik dan nama yang ada pun wowwwww churlasss gituh... 

Antara air signature di Besto's Survival adalah dari kiri Lemon Paradise, Virgin Mojito, Fruit Punch, Shirley Temple, Virgin Colad dan akhir sekali I Love You. Heheheh nora paling suka air Virgin Colad sebab based on buah nanas.

Disebabkan kesemua menu di sini adalah hidangan bersaiz besar, korang boleh menikmati makanan di sini bersama seluruh ahli keluarga pada harga yang berpatutan. Oleh itu, Besito’s Survival menjadi tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Untuk menikmati Western Food Big Plate yang sedap di area Shah ALam nora suggest korang datang ke Besito's Survival. Perkataan Besito's Survival diambil dari perkataan "Latin" di mana "Besito's" bermaksud "senyum kecil" (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima pelanggan selepas menikmati hidangan dari dapur restoran ini.

Berikut adalah detail berkenaan restoran ini.

Besito's Survival
77, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23,
40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:  

Isnin Tutup
Selasa - Jumaat (4.00 petang - 2.00 pagi
Sabtu dan Ahad (4.00 petang - 3.00 pagi)


3 Comments

  1. sedapnyyyyaaa. terliur tengok supreme grill tu. :D
    banyak betul makanan seafood yg best2 T^T

    ReplyDelete
  2. meleleh ayaq liuq bak hangg... amboi amboii

    ReplyDelete
  3. Kecur air liur tengok ketam tu. Huhuuuu..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿