SHOPPING ONLINE | PENGALAMAN BELI BARANG DI LAZADA
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Salam korang, selamat berhujung minggu..
Siapa sini suka beli barang online atau senang kata shopping online? Mesti ramai kan? Terutama bagi mereka yang malas nak bersesak-sesak dekat mall, malas nak menghadap jem, malas nak cari parking. Kadang-kadang shopping online ni boleh juga dijadikan sebagai terapi. Haaaa terapi hilangkan stress kita jamah mata dengan barang-barang yang memukau hati.. Tak gituh?
Nora juga salah seorang kaki shopping online. Dari dulu ada sahaja yang nora beli secara online. Cuma kalau dulu tidak banyak laman membeli belah secara atas talian ni. Tidak seperti sekarang terlalu banyak laman web shopping online seperti LAZADA. Haaaa senang kata semua dihujung jari.
Siapa sini kaki shopping online di LAZADA? kita geng okeh.
Lazada merupakan satu laman web yang menghimpunkan pelbagai produk dari pelbagai vendor sama ada dari dalam atau luar negara. Produk yang dijual di laman web ini terdiri dari pihak Lazada sendiri, pihak ketiga mahupun vendor yang telah berdaftar dengan Lazada. Jadi sebagai pembeli perlu tahu dan baca keseluruhan barang yang korang minat bagi mengelakkan dari ditipu dan tidak puas hati seperti yang korang harapkan.
RETRO SUNGLASSES
Untuk lebih mudah korang sing up dulu dan install applikasi lazada untuk dapatkan lebih banyak voucher. Baru-baru ini Lazada banyak buat promosi jadi nora pun beli apa yang nora minat. Selain nora, ada juga kawan-kawan yang minta nora belikan barang yang nora minat.
Sepanjang tahun 2016 banyak juga nora beli online di lazada. Nora beli Retro Sunglasses yang super murah dengan harga hanya belasan ringgit dan nora menggunakan voucher yang ada makanya nora hanya perlu bayar shipping sahaja. Siapa yang minat ala-ala k-pop boleh usya Sunglasses yang cantik-cantik di Lazada.
Mengapa mesti keluarkan duit lebih kalau korang boleh dapatkan harga yang murah dan mampu membuatkan korang nampak cantik dan bergaya kan..
FAMILY POOL
Model yang menggunaan Retro Sunglasses Kredit gambar : Ryry |
FAMILY POOL
Selain daripada itu, nora juga ada membeli pool untuk anak-anak mandi manda. Tak perlu susah payah bawa anak ke pantai atau hotel untuk mandi manda. Dengan adanya Family Pool di rumah anak-anak dah boleh bergembira tanpa kita khuatir akan keselamatan mereka. Untuk mereka yang sibuk bekerja apa salahnya belikan Family Pool ni untuk anak-anak kan.
Sebab bagi nora harga murah dan ianya besar. Kalau tak percaya cuba korang tengok. Haaaa puas hatikan. Boleh gedebus main dalam air.
Girang Adik Beradik Bermain Bersama-sama Kredit Gambar : Kak Ita Family |
Besar dan puas hati |
BOTOL SUSU PIGEON
Baru-baru ini, kawan nora Azrina Azrai runsing dan susah hati bila ingin hantar anak di rumah pengasuh. Maklumlah, takut anak bila minum susu ia akan tersedak tanpa pengawasan. Dengan itu nora suggestkan untuk cuba botol susu brand Pigeon sebab puting botol susu ni takkan menitis kalau baby tak hisap. Pigeon WNSofTouch PPSU Bottle kalau ikutkan harga di pasaran dan kedai-kedai baby kira mahal juga sebotol. So dengan usya di Lazada nora dapati botol susu ni murah dan berbaloi.
Pigeon Bottle SoftTouch Peristaltic Plus |
Botol Susu Pigeon WN Soft Touch PPSU ni sangat sesuai untuk baby dan ibu-ibu yang risau bila anak menyusu tanpa pengawasan dan botol ini mampu mengelakkan dari baby tersedak.
KINETIC SAND
Dalam Gambar Pink Sampai Hijau Sebab Reason Random Colour |
Kemain zarra landing |
Pada 12.12 yang lalu nora sempat grab beberapa barang termasuklah Kinetic Sand untuk zarra. Nora juga grab jam tangan sebab tengah offer dengan harga belasan ringgit sahaja. Usya punya usya Mr. Arrogant berkenan dengan jam ini. Kebetulan harga masa ni baru RM16 lebih kurang macam tu.
Bila tengok spec dan design puas hatilah dan memadai dengan harga. Bluelans Rubber Strap Watch (Black) sangat simple dan casual. Terdapat beberapa warna lain yang ada seperti merah, hijau, biru tetapi Mr. Arrogant berkenan warna hitam.
Sebenarnya agak lambat juga menerima jam tangan ini sebabnya dari China dan masalah pada Gdex buat pekasam dekat Hub di Damansara Perdana. Bad service betul Gdex ni. So kepada korang yang suka mengumpul jam tangan, korang boleh terjah Lazada untuk dapatkan jam tangan yang cantik dan murah.
Sekarang pun masih murah lagi |
Bila tengok spec dan design puas hatilah dan memadai dengan harga. Bluelans Rubber Strap Watch (Black) sangat simple dan casual. Terdapat beberapa warna lain yang ada seperti merah, hijau, biru tetapi Mr. Arrogant berkenan warna hitam.
Jam Tangan Dari China |
Haaaa ni ada berita menarik pada korang yang ada baby atau anak yang masih menggunakan pampers atau lampin pakai buang. Baru-baru ini nora belikan untuk member sebagai stok untuk anak dia yang berumur 3-4 bulan. Petpet merupakan lampin pakai buang yang economic sebab murah dan mempunyai kuantiti yang banyak. Bagi nora, depends pada baby dan anak kita juga sesuai meggunakan pampers jenama apa. Yang penting kulit baby sihat. Betul tak?
Sekarang ni Lazada ada buat Special Promo untuk lampin pakai buang. Jangan lepaskan peluang korang untuk borong pempers di Lazada.
Special Promo memang murah di Lazada |
Sekarang ni Lazada ada buat Special Promo untuk lampin pakai buang. Jangan lepaskan peluang korang untuk borong pempers di Lazada.
So, inilah sedikit sebanyak barang yang nora beli di Lazada. Sebenarnya banyak lagi seperti Handphone, Almari, Tudung dan banyak lagi. Puas hati membeli belah di Lazada cuma sebagai pengguna kita perlu bijak memilih.
5 Comments
yeayyyyy kita geng,sue pun baru shopping barang baby kat lazada,beli tilam tuk baby cot,bantal ,pelapik dalam carseat,memang berbaloi,suami pun suka cari barang elektronik kat situ.senang tak bersesak kat mall kat luar lagi2 ngan anak kecik lagi,agak leceh la.tak pandai lagi nak handle anak kecik kat luar.
ReplyDeleteHehehe kan sue malas nak bersesak2 sangat. Cuma kat Lazada ni kena pandai pilih sebab banyak vendor kan.. Tak apa baby kecik lagi, nanti dah besar sikit boleh bawa jalan-jalan...
DeleteAssalamualaikum... kepada yang suka shopping di lazada saya ada cara bagaimana untuk anda mendapat diskaun setiap kali membeli belah di lazada.. boleh hubungi saya 0129221227 shafie
DeleteSetiap minggu ada barang baru sampai.. jangan kata kita. Kawan2 kita pun guna akaun kita.. cme pernah sekali beli barang lazada ada crack sikit.. nak tukar beejanggut..
ReplyDeleteSuka shopping barang lazada dear...laju dan pantas servis diorang best
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿