بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Salam korang!

Dalam ekonomi yang serba mencabar ni, apa jua kita nak buat mesti kena fikir banyak kali kan? So ini adalah sedikit info untuk korang sekiranya buntu nak cari parking di kawasan KL Sentral dan Nu Sentral.

Sebenarnya nora gigih cari info dengan kawan-kawan mahupun mr.google berkenaan parking di NU Sentral sekiranya ingin travel atau menaiki train. Untuk makluman korang, hujung minggu ni nora akan travel. Haaaa kee mana? Korang tunggu okeh.

Di bawah ini adalah kadar parking yang lama iaitu tahun 2017 semasa Nora tulis entri ni. Namun tahun 2021 harga telah berubah.

KADAR PARKING TAHUN 2017


First hour: RM4
Subsequent hour: RM2
Additional for exit after 6pm - 5.59am: RM4
Flat rate for 6pm - 6am: RM4

Saturday/Sunday/Public Holiday: RM4 per entry
Lost ticket: RM50

So, disebabkan Nora akan menaiki ETS maka terpaksa nora tinggalkan kereta di NU Sentral. Untuk lebih maklumat nora call untuk pastikan kadar sebenar. Maklumlah overnight parking tu sekali mahal naya juga kan. So bagi nora, memang murah sekiranya parking pada hari Sabtu dan Ahad di Nu Sentral ataupun di Sooka Sentral iaitu hanya RM4 sahaja. Macam tak percaya je kan parking semurah tu. Lagi satu, ini pertama kali Nora parking kereta tinggal keesokan harinya baru ambil.

Terima kasih kepada rakan blogger neyra yang banyak membantu memberi info untuk nora travel kali ini.

KADAR PARKING SEKARANG (2021)

NU Sentral Parking Zone B adalah tempat letak kenderaan dalaman yang beroperasi 24/7 yang berharga RM5 untuk jam pertama dan RM2 untuk jam berikutnya. Sekiranya korang ingin meletak kenderaan semalaman pada hari bekerja, pastikan waktu sampai di sana selepas jam 6 petang, ia akan dikenakan bayaran tetap (flate rate) RM5 dari jam 6 petang hingga 6 pagi. Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, korang boleh meletak kenderaan di sana dengan harga RM 5 sepanjang hari.

Isnin - Jumaat

TimingParking Rate
1st One HourRM5
Subsequent Hour or Part ThereofRM2
Additional For Exit After 6pm – 5.59amRM5
Flat Rate 6pm – 6amRM5

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • RM5 Flat Rate

Motorsikal

  • RM2 Per Entry

Penalty For Lost Ticket

  • RM50 Per Ticket

WAKTU OPERASI

  • Since it is an auto-pay carpark, it operates 24 hours a day.

Ini adalah pengalaman Nora tahun 2017 untuk travel hujung minggu ke Utara. Alhamdulillah memang seperti dinyatakan harga parking yang murah. Cuma silapnya dan seksanya masa nak ambil kereta pada keesokkan semua belum beroperasi. Jadi agak susah untuk cari laluan hendak ke parking.

Apa pun memang sangat berbaloi parking di Nu Sentral.


10 Comments

  1. Kalau di KL... Parking memang masalah...

    ReplyDelete
  2. salam nora, kalau hari isnin kira cmne yek

    ReplyDelete
  3. Kiranya boleh la parking overnight situ ya?

    ReplyDelete
  4. Wahh murah la banding sebelum ni kan nora sayang, tqq tau. Nak maklum dkt husband info terbaru ni.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Nora, atas info.

    ReplyDelete
  6. Sis, maksudnya kalau saya nk Park the whole day on weekdays, katakan jam 8am - 8am esok hari nya, so total yg sy kena byr ialah rm4+18(2x9jam) + 4 (6pm - 6am)+4+2 = 30.betul ke?

    ReplyDelete
  7. Tq sis, this is helpful for me.

    ReplyDelete
  8. terima kasih ya atas info. saya pun nak naik ETS jugak

    ReplyDelete
  9. Bermula 1 april 2022 dah x flat rate lagi. Skrg dah kira per hour. Baru cadang nak park dekat zone B nu sentral tu. Nasib call dulu, kalau x menung tiket parking lagi mahal dari tren. Sepatutnya kejalkan parking flat rate/per day entry.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿