بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Hai korang!


Sumber : Google

Korang tahu tak tempat menarik untuk bercuti? Haaaa kalau tak tahu, nora ada tempat percutian yang menarik. Jom kita bercuti ke Langkawi. Eh, Langkawi? Apa yang menariknya untuk ke sana? Haaa, teruskan membaca supaya percutian korang ke Langkawi akan terasa lebih menyeronokkan. For your information, Langkawi juga dikenali sebagai permata Negeri Kedah dan sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya.
Pantai Cenang

Sumber : Google

First of all, dah nama pun Langkawi kan, mestilah pulaunya yang sering menjadi tumpuan kan. So, nora nak suggest dekat korang untuk datang ke Pantai Cenang. Kalau nak best, korang datanglah time petang masa air baru nak pasang. Wow, sangat nyaman permandangannya dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut tu.


Haaa, and one more thing sambil korang menyaksikan pamorama matahari terbenam, korang boleh cuba makanan-makanan yang dijual di gerai-gerai sepanjang persisiran pantai ni. Selain tu, terdapat banyak juga pilihan Langkawi hotels near beach yang menarik di sekitar kawasan ni.
Kilim Geoforest Park

Sumber : Kilim Geoforest Park

Tarikan pelancong yang seterusnya ialah Kilim Geoforest Park. Tempat ini terbentuk daripada batu kapur yang paling tua di Malaysia iaitu Setul Formation. Untuk datang ke sini, korang boleh berjalan kaki dari Jeti dengan melalui platform kayu yang telah disediakan untuk melihat keindahan ukiran alam semula jadi yang ada, but to get the best experience better korang sewa bot.


Sepanjang perjalanan nanti korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis pokok bakau seperti bakau kurap dan bakau minyak. Memang seronok kalau pergi ke sini sebab korang dapat menikmati permandangan yang redup, berangin dan menghijau. Then, korang juga boleh melawat beberapa tempat yang menarik seperti Gua Kelawar, area of eagle feeding dan Gua Buaya. Siapa yang suka dengan nature life tu, korang pasti suka melawat seperti tempat-tempat macam ni and I think this is one of must things to do in Langkawi.

Sumber : Google

Cable Car and Sky Bridge
Sumber : Google

Selain itu, tempat yang famous dilawati juga adalah Langkawi Cable Car and Sky Bridge. Cable car dekat sini merupakan cable car yang paling curam dan terpanjang di dunia. Terletak di puncak gunung yang kedua tertinggi di sini iaitu Gunung Mat Cincang. Permandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan.


My Mr Arrogant dengan kawan

Korang akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi pulau tersebut. Sampai di atas puncak nanti korang juga boleh berjalan di atas sky bridge dan berpeluang melihat keindahan pemandangan laut hindi, laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.


View dari dalam cable car

And the best thing, kalau korang nak bermalam di sekitar kawasan ni, korang boleh stay in The Datai Langkawi yang merupakan one of the top hotel in Langkawi.
Underwater World Langkawi

Sumber : Google

Seterusnya, bersebelahan dengan Pantai Tengah, terdapat satu destinasi popular yang menjadi tarikan pelancong iaitu Underwater World Langkawi yang merupakan akuarium terbesar di Malaysia. Dekat sini korang berpeluang untuk melihat pelbagai haiwan akuatik yang menakjubkan. korang boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Sumber : Google

Tempat ni sangat ideal and best activities to do in Langkawi especially for your kids sebab korang berpeluang untuk melihat binatang yang jarang dilihat seperti penguin, lobster, ikan jerung, singa laut, ikan arapaima dan sebagainya. Pasti your kids akan terasa teruja dengan pengalaman yang menyeronokkan ni. korang juga boleh melalui terowong akuarium sambil dapat melihat jerung dan penyu berenang di atas korang. Wowwww menarik sangat kan?
Pekan Kuah

Sumber : Google


Salah satu sebab ramai pengunjung yang suka datang bercuti ke Langkawi tidak kira pengunjung luar atau tempatan adalah kerana barangan di sini bebas cukai. Kalau tak percaya, korang boleh try ke Pekan Kuah. Pekan ni boleh dikata merupakan syurga tempat membeli belah kepada yang mencari barang murah. Antara barangan yang popular ialah seperti coklat import jenama antarabangsa, minyak gamat,  set pinggan mangkuk dan barang dapur.


Sumber : Google 


Selain mempunyai banyak tempat untuk membeli-belah, salah satu faktor ia menjadi tarikan pelancong ialah lokasinya yang terletak berhampiran dengan the best Langkawi hotels and resorts. Di pekan ni juga korang boleh jumpa makanan yang sedap untuk menjamu selera dengan hidangan seperti nasi kandar hingga ke makanan laut segar.

Menarik kan? So, nora harap korang enjoy lah sepanjang percutian korang nanti di Langkawi ya. Have fun guys!

9 Comments

  1. secara jujurnya kita tak pernah sampai langkawi huwaaaaa sadis tol .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya saya pun sekali je kak sue. Tapi serius memang best. Jgn lupe kak sue g holiday ke sne ngn family ye.

      Delete
  2. Dulu dah pernah pergi... Tapi masa tu solo lagi... Semenjak beranak ramai nie blom lagi... Ingat nak gie jugak lah nanti...

    ReplyDelete
  3. Ye ke... Nanti boleh pergi bawa anak-anak bercuti di Langkawi...

    ReplyDelete
  4. teringat kisah trip langkawi kami yg terpaksa cancel sebab covid. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe kak. Nnti dah reda covid ni boleh pergi. Saya je dah bertahun2 tak sampai sana kak. Ni dah ada 3 anak. Hahahah. Plan gak nak pegi. Harap ada rezeki

      Delete
  5. sejujurnya dah 16 thn x gi Langkawi. Teringin nak ke sana lg dgn anak2 tp x leh rentas negeri plak. Done follow ur blog. No 1405.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿