بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Salam Kesayangan...
Tiada Kotak Komen

Alhamdulillah akhirnya selesai juga masalah Kotak Komen Hilang di Blog Versi Mobile. Sebenarnya sebelum-belum ini nora tidak perasan pun akan masalah ini sehinggalah rakan blogger di facebook beri komen bertanyakan kotak komen tiada bila view mobile. Haihhh jenuh juga kalau tiap kali nak komen perlu guna PC sedangkan sekarang semuanya view mobile.

Mungkin hal ini terjadi disebabkan gatal tangan godek-godek html untuk kerja-kerja edit mengedit sehingga terdelete atau pun terubah code kotak komen ini ataupun sering terjadi pada template responsif. Geram bila view dari phone tak keluar kotak untuk komen sekiranya memang tiada komen tetapi apabila posting atau entri ada yang dah komen mudah sangat untuk membalasnya sebab jelas kelihatan kotak komen.

Puas mencari penyelesaian akhirnya nora jumpa tutorial yang membantu kembalikan semula kotak komen pada blog nora versi mobile. Walaupun banyak tutorial yang ada dan nora telah cuba menggunakannya, ada yang masih tidak berhasil. Jenuh juga hendak menghadap HTML maklumlah dah lama sangat tak menggodek edit mengedit ni. Sehingalah nora jumpa tutorial yang membuahkan hasil.

Cara-caranya :

  1. Pergi ke Template
  2. Edit HTML
  3. Cari Code ini </style> atau ]]></b:skin> dengan menggunakan Ctrl + f
  4. Paste code ini .blogger-iframe-colorize {display: block !important; } di bahagian atas code cara no.3 tadi.
  5. Akhir sekali simpan/save dan cuba check sama ada ia berfungsi/berhasil pada blog korang.
Inilah hasilnya. Happy sngat

Taraaaaa dah siap dan berjaya kembalikan semula Kotak Komen Yang Hilang Versi Mobile di blog nora. Dan untuk pengetahuan korang, nora follow tutorial dari blog  CeritaEjoy. Nora follow setiap step yang Ejoy share dan akhirnya ia memuaskan dan mampu memberi senyuman.






4 Comments

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿