بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Salam kesayangan,

Cuti Chinese New Year yang lalu bersyukur sangat dapat luangkan masa bersama cinta hati Nur Izarra Qistina. Inilah harta ummi dunia akhirat amanah ALlah buat ummi.

Kali ini nora nak kongsi resepi aiskrim paddle pop dengan korang. Mesti korang suka kan? terutama kaum mak-mak yang kadang buntu untuk membeli aiskrim untuk anak-anak. Ye la dengan zaman kegawatan dan semua barang naik mana nak mampu membeli semuanya. Untuk menjimatkan kos dan menikmati aiskrim yang sedap, nora cadangkan mak-mak kena lah rajin buat bukan je senang malah jimat kos dan boleh dapat banyak.

Berikut adalah video semasa proses ais krim paddle pop...



Homemade Aiskrim Paddle Pop sagat mudah, dan barang yang digunakan juga murah. Boleh buat banyak-banyak bekas dengan pilihan warna yang colorful. Pasti anak-anak suka menikmatinya sebab tekstur yang lembut dan lemak berkrim. Nora dapat resepi aiskrim paddle pop dari perkongsian di facebook Sera Syahirah

RESEPI HOMEMADE AISKRIM PADDLE POP

Bahan-Bahan :

  1. Susu Cair 1 tin
  2. Susu Pekat 5 sudu besar
  3. Ovallete 1 sudu besar 
  4. Telur 1 biji
  5. Esen Vanila 1 sudu kecil
  6. Pewarna
Cara-Cara :


  • Masukkan kesemua bahan kecuali bahan pewarna ke dalam mixer. Putar selama 20 minit tanpa henti sehingga mendapatkan tekstur yang halus, putih dan gebu.

Mix semua bahan

  • Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk dicampurkan dengan bahan pewarna.
  • Campurkan pilihan pewarna ke dalam bekas adunan yang telah diasingkan tadi. Gambar pilihan warna tidak dapat disertakan.


  • Selesai membuat layer warna ke dalam bekas bertutup, simpan ke dalam peti ais untuk disejuk bekukan.
  • Dah beku boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut. Rasanya sangat yummy om nom nom nom


    Nora dan zarra paling suka perasa Yam iaitu keladi. Sungguh nora tak tahu apa beza pewarna dan perasa. But now alhamdulillah sentiasa ingat dan tahu kegunaannya.


    4 Comments

    1. Nak buat juga nanti nice lah sedapnya...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Buatlah maha. Memang sedap tekstur pun halus jerk... Anak saya suka makan.

        Delete
    2. wah..bagus ni..anak saya suka makan aiskrim..lepas ni boleh buat banyak-banyak..boleh makan puas-puas. terima kasih ya..:)

      ReplyDelete
      Replies
      1. yupssss betul tu.. Jimat duit boleh buat ikut perasa yang kita nak.

        Delete

    ✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
    ✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
    Muacssssssss!!!✿