ISTIMEWA DI HARI JADI
Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi.
Selama 33 tahun BERI nafas untuk menjalani kehidupan.
Terima kasih pada mak dan abah yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan menjaga diri ni sehingga sekarang.
Syukur sangat ulang tahun kelahiran kali ni, anak nora ada bersama. Kebetulan 22 Mac 2017 adalah musim cuti persekolahan dan zarra ada bersama nora. Terharu bila dalam keadaan mamai dia terpisat-pisat bangun ucap hari jadi peluk dan cium. Tidak terkata saat tu hanya mampu ucap syukur dan menitis air mata.
Syukur sangat ulang tahun kelahiran kali ni, anak nora ada bersama. Kebetulan 22 Mac 2017 adalah musim cuti persekolahan dan zarra ada bersama nora. Terharu bila dalam keadaan mamai dia terpisat-pisat bangun ucap hari jadi peluk dan cium. Tidak terkata saat tu hanya mampu ucap syukur dan menitis air mata.
Cake dari Guru Besar |
Adakah tahun ini tahun yang membahagiakan nora?
Moga-moga bibit indah permulaan ini berakhir dengan kebahagiaan untuk nora dan zarra.
Celebrate Birthday di IKEA |
So yummy meatball IKEA. |
Tahun ini juga pertama kali bos (Guru Besar) celebrate nora. Cukup dengan cake dan belanja nora dan zarra di IKEA. Terima kasih puan, terharu tidak terkata. Hanya kami sahaja sebab cuti sekolah.
Cake from Mr. Arrogant |
ISTIMEWA…
Paling istimewa hari jadi kali ini
adalah celebrate with someone. Yaaa
insan istimewa yang sudah lama bertakhtah di hati ni. Thank you awak untuk
ucapan dan spend time kita bersama.
Dari awal lagi awak dah tanya nak hadia apa. And inilah kali pertama dalam
perkenalan awak tanya soalan sebegini walaupun 2015 dulu jawapan awak untuk
pertanyaan adalah “TUNGGU”. Gugup
senyum sedih tak terkata, just i
said “cukuplah sepotong cake untuk saya dan zarra.” Walau pada asalnya,
celebrate birthday ni plan di Bukit Tinggi but last minit terpaksa batalkan
disebabkan ada urusan kematian. Ya, tarikh 22 Mac 2017 atok awak pergi
menghadap Ilahi. Takziah untuk awak dan keluarga. Al-fatihah…
Zarra menangis sebab dia pun nak tiup lilin |
Untuk itu, pertemuan seketika kita bertiga cukup membuatkan saya gembira. Bersama dua orang insan yang saya sayang. Ini pertama kali awak celebrate birthday saya, walaupun simple, walaupun keadaan zarra yang meragam saya tetap bersyukur dengan apa adanya. Bagi saya, Dekat dengan kamu dan menghabiskan waktu bersama cukup membuatkan saya bahagia, meski di hati kamu, saya tak memiliki tempat yang istimewa.
Benar,
Antara orang yang ada
di sekeliling kita, kita pasti ada seseorang yang selalu ingin kita kongsikan
ceritera kita padanya. Sampaikan salam untuknya, tempatnya sungguh istimewa.
Dekat dengan kamu, dan menghabiskan waktu bersama cukup bahagia |
Awak adalah awak. Seseorang yang istimewa. Mungkin, awak tak pernah tahu betapa
penting erti kehadirannya dalam hidup saya. Mungkin, awak tak pernah menyangka
betapa banyak perubahan yang saya alami selama perkenalan kita. Kebaikan sedari zarra setahun tiga bulan, sedari jauh di utara sehingga dekat. Pertemuan kembali mengikat hati dengan kehadiran zarra.
8 Comments
Selamat hari lahir kak nora.. makin berseri pula muka tu :)
ReplyDeleteTerima kasih DEQ...
DeleteMacam xlama lagi je majlisnya
ReplyDeleteDoakan yang terbaik untuk kami ye. hehehehhe
Deletebertambah usia akan menyebabkan bertambah rezeki..aamiin
ReplyDeletedokan yang baik-baik
Amin...
DeleteInsyaAllah...
Terima kasih..
Selamat hari lahir walaupun dah lepas...semoga makin murah rezeki lepas ni...hehe
ReplyDeleteTerima kasih Ezad.
DeleteAmin. InsyaAllah
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿