GONDOLA.31 Kini Dibuka Di Kajang, Selangor
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Salam
Ramadhan Ya Kareem...
Susunan Busana di dalam Butik Gondola.31 |
Bagaimana korang menjalani ibadah puasa?
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua...
Haaaaa, lagi beberapa hari untuk kita menyambut syawal. Bagaimana persiapan raya korang?
Raya sedondon tak?
Di kaunter Butik Gondola.31 |
Nora nak share tempat shopping yang best untuk korang yang perempuan dengan koleksi dari jenama-jenama yang terkenal. Bolehlah raya nanti glamour dengan koleksi baju raya dari jenama terkenal.
Butik Gondola31 merupakan butik vendor yang besar dan mula bertapak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Gondola31 menghimpunkan koleksi fesyen terkini dari pelbagai jenama popular di bawah satu bumbung. Kini, Gondola.31 mengorak langkah melebarkan sayap baru ke pasaran Lembah Klang bertempat di Kajang, Selangor.
Susunan Busana di dalam Butik Gondola31 |
Pelanggan sedang membuat bayaran |
Operasi butik ini di kajang adalah gandingan kerjasama bersama IMZA Bersatu Sdn Bhd. Gondola.31 diasaskan oleh En Nizam
Baharudin dan Puan Norazura Posdzi manakala IMZA Bersatu Sdn Bhd diterajui oleh
Cik Syazana Azmi.
Pengasas Gondola31 ( En Nizam Baharudin) bersama Pemilik IMZA Bersatu Sdn Bhd |
Mengapa Kajang?
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta bagi memudahkan
pelanggan di kawasan Lembah Klang maka peneraju Gondola.31 memilih Kajang sebagai lokasi yang strategik kerana ramai
penduduk di sekitar kawasan ini terdiri daripada kaum melayu dan mempunyai
jaringan pengangkutan awam yang sistematik. Apa yang menariknya, korang kalau
nak datang ke butik ni hanya perlu cari Tesco
Extra Kajang sahaja kerana, butik ini berada di belakang
Antara Koleksi Busana yang terdapat di Gondola31 |
Haaaaa untuk warga Kajang, korang dah tak perlu nak shopping
bersesak-sesak lagi sebabnya Gondola.31 merupakan vendor terbesar telah dibuka di sana uolss..
Apa
yang menarik di butik ini adalah, sebanyak 40
jenama pakaian terdapat di Gondola31 yang terdiri daripada Red Audra, Jannah
Noe, Lily Petuna, Lisa Adam, Shawl Publika, By Bainy, Aleza Jakarta, Noah by
Suri & Seth, Suci by Yatt Hamzah, Tunks RTW
dan banyak lagi.
Susunan Busana di dalam Butik Gondola.31 |
Busana yang nora minat dari Red Audra |
Selain daripada koleksi pakain, terdapat juga koleksi tudung
dari butik-butik terkenal seperti Naelofar Hijab, Chenta Qaseh, Hana Bella,
Qamelia Scarves, Adawiyah Anggun, Azahfandi, Blackout & Justica Official,
Elixir For Soraya dan banyak lagi.
Koleksi Wangian dan SkinCare |
Senang kata, di Butik Gondola.31 korang boleh cari kelengkapan
busana korang seperti baju, tudung, handbag, produk kecantikan, wangian dan
banyak lagi lah. Nak cerita sepenuhnya pun macam wowwww sangat better korang datang
sendiri.
Koleksi Tudung |
Susunan Busana di dalam Butik Gondola31 |
VIEW BUTIK GONDOLA.31, KAJANG
Terus
terang nora kata, nora tertarik dengan view butik ini kerana mempunyai suasana
yang eklusif ala-ala moden hipster gituhh dengan menggunakan konsep gabungan
pallet dan modern.
Kemain Suka si Zarra |
Susunan jenama pakaian di dalam butik ini sangat membantu
pelanggan untuk membuat pilihan memandangkan ruangan antara koleksi busana luas
dan tersusun. Selaain itu, terdapat beberapa buah fitting room dan ia
sangat selesa.
Gondola.31 juga ada menyediakan ruangan menunggu bagi memudahkan
pelanggan untuk istirehat dan di tingkat atas disediakan surau bagi pelanggan
yang beragama islam untuk solat. Dikesempatan majlis pembukaan hari itu, nora
berada di butik ini agak lama dan seronoknya di sini kerana mempunyai pekerja
yang ramah-tamah.
Bersama Ekin dan Kembarnya |
Pada hari tersebut nora sempat bertemu pasangan artis Mawi
& Ekin, serta Yatt Hamzah yang turut hadir sepanjang Majlis Pembukaan Butik
Gondola31 dan Buka Puasa di sini.
WAKTU
OPERASI BUTIK GONDOLA.31, KAJANG
Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan ni adalah 11 pagi
sehingga 10.30 malam dan butik akan ditutup dari jam 6.30 petang sehingga 8.30
malam bagi memberi laluan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib.
Manakala waktu operasi selain bulan Ramadhan
pula, pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Butik akan ditutup pada setiap hari
Isnin.
Baju Dari Red Audra Pilihan Hati |
Cantikkan Baju Dari Jannah Noe |
Gondola.31
Kajang
33A-1,
Jalan Impian Mahkota 1,
Saujana
Impian, 43000, Kajang, Selangor.
Landmark
: Belakang Tesco Extra Kajang
Tel
: +60194467644
Email
: info.gondola31kajang@gmail.com
Instagram
: @gondola.31kajang
Facebook
: Gondola.31 Boutique Kajang
10 Comments
Banyaknya yg cantik...
ReplyDeleteTahun depan, leh la raya sedondon kan?
ReplyDeleteIngatkan Gondola yg ada kat Venice tu..hehehe, kisahnya butik gitu
ReplyDeleteStailnya kedai dia!
ReplyDeleteWhy la kat kajang..huwarghhhhhh... anyway, butik dia lawa gila.. koleksi2 baju pun lawa yang amatttttþ
ReplyDeleteBaju cantik...tapi sangat jauh untuk saya..haha
ReplyDeletenanti ika ajak family ika datang sini shopping . mcm best!
ReplyDeleteTengok dari sini pun dah berjaya buat ena menangis. Banyaknya baju cantik-cantik! Huaaaa. Nak pergi la nanti. Nak beli belah hiks
ReplyDeleteBaca blogpost ni, pastu tengok poket. wuwuwuwuwu nak shoppinggggggg. nak beli baju baru. hahaha.
ReplyDeleteSempat juga open for raya, i like their decor.
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿